CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 887|Reply: 2

Doja Cat positif Covid-19

[Copy link]
Post time 13-12-2021 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Doja Cat positif Covid-19


Doja Cat


Los Angeles: Penyanyi Doja Cat, 26, disahkan positif Covid-19 selepas beberapa anggota pasukan produksinya dijangkiti wabak itu baru-baru ini.

Doja atau nama sebenarnya Amala Ratna Zandile Dlamini berkata, dia terpaksa membatalkan persembahan kerana harus fokus untuk memulihkan kesihatannya semula.

"Seperti yang mungkin anda semua dengar sebelum ini, beberapa anggota pasukan produksi saya disahkan positif Covid-19. Saya terpaksa membatalkan beberapa persembahan akan datang sebagai langkah keselamatan.

"Malangnya, dengan rasa sedih saya ingin berkongsi bahawa saya disahkan positif juga dan tidak akan dapat beraksi pada persembahan seterusnya untuk iHeartRadio Jingle Ball Tour," katanya.

Penyanyi lagu Woman itu mengakui sangat terkilan apabila tidak dapat bertemu peminatnya buat sementara waktu namun keadaannya ketika ini baik-baik saja.

"Meskipun semangat saya agak jatuh kerana tidak dapat meraikan musim cuti bersama peminat di Philly, DC, Atlanta, dan Miami, saya  berada dalam keadaan okay dan tak sabar untuk sembuh serta kembali keluar secepat mungkin.

"Baki siri jelajah dihentikan sebenarnya menampilkan ramai nama hebat, saya harap dapat bersama mereka," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... at-positif-covid-19

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 02:15 PM | Show all posts
Terlibat dengan ramai crew jelajah sana sini mana tak berisiko
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Doja Cat ni cantik tapi nampak tua 10 tahun dari usia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041273 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list