|
CHRIS Noth
Los Angeles: Pelakon Chris Noth, 67, dipecat dan digugurkan serta-merta daripada produksi drama The Equalizer selepas didakwa pernah melakukan serangan seksual termasuk merogol dua wanita.
Menurut kenyataan penerbit Universal Television dan CBS, Noth akan terus hentikan penggambaran membabitkannya dalam siri berkisar jenayah yang memasuki episod tujuh untuk musim kedua itu.
Minggu lalu, dua wanita tampil membongkar pengalaman menjadi mangsa serangan seksual Noth.
Seorang daripadanya memberitahu dia dikasari Noth sewaktu umurnya 22, manakala pelakon itu berusia 49 tahun ketika itu. Disebabkan serangan itu, dia terpaksa menerima jahitan.
Kemudian, seorang wanita pula menyusul mendakwa turut pernah dikasari. Pelakon Zoe Lister-Jones juga teringat kelakukan Noth yang digambarkan sebagai 'pemangsa'.
Kedua mangsa terbabit mendedahkan mereka diperlakukan dengan kasar sewaktu mengadakan hubungan kelamin dengan pelakon itu. Ia masing-masing berlaku pada 2004 dan 2015 di kediaman Noth.
Bagaimanapun, pelakon terbabit menafikan tuduhan berkenaan meskipun memberitahu pernah mengenali wanita itu.
"Tuduhan yang dibuat individu-individu pernah saya jumpa bertahun, bahkan berdekad lamanya itu, adalah tidak benar," katany |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|