CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 627|Reply: 0

Rae 'pening' ikut trend

[Copy link]
Post time 19-1-2022 03:13 PM | Show all posts |Read mode

RAE minat fesyen era 90-an.

BERGELAR selebriti pastinya bukan satu perkara yang mudah kerana perlu bersaing dengan ramai bakat hebat.

Justeru setiap artis perlu tampil berbeza dan unik supaya kehadiran mereka disedari dan mendapat perhatian ramai.

Disebabkan itu, pelakon dan penyanyi muda, Addison Rae mengakui masih tercari-cari fesyen terbaharu yang sesuai untuk digayakan dalam kehidupan seharian.

Kata wanita berusia 21 tahun ini, dia masih buntu mengenai penampilannya dan pendapat peminat mengenainya, namun masih cuba tampil dengan fesyen gaya tersendiri.

"Saya suka era 90-an, namun masih mencari fesyen yang sesuai dengan diri. Saya sukakan fesyen yang tidak terlalu serabut, tetapi memiliki elemen gelap dan seksi. Ia seakan-akan fesyen digayakan Angelina Jolie. Saya rasakan ia sangat menarik.

"Tetapi, saya juga sukakan fesyen tropika dan eksentrik. Saya masih memikirkan gaya saya.

Saya selalu terfikir kadang-kadang mengenai adakah orang akan mengatakan bahawa ini tidak kelihatan baik pada saya atau apa sahaja. Tetapi, saya belajar untuk tidak mengambil pusing dan memakai perkara yang saya suka," katanya.

Rae yang mula dikenali ramai menerusi platform TikTok sebelum membintangi filem He's All That berkata, dia sering melihat fesyen digayakan selebriti terkenal seperti Liv Tyler, Kate Moss dan Cindy Crawford sebagai rujukan.

Rae juga mengakui peminat tegar fesyen 90-an.

"Saya suka Liv Tyler, Kate Moss, Cindy Crawford sebagai rujukan 90-an. Saya rasa mereka semua mempunyai penampilan yang sangat luar biasa. Fiona Apple juga mempunyai rupa 90-an yang luar biasa. Pandangan matanya sentiasa sangat hebat," katanya.

Tahun lalu, Rae mendedahkan dia memiliki krisis identiti setiap hari.

Katanya, dia sukar untuk mengekalkan apa yang digayakan kerana perubahan trend yang begitu cepat.

"Saya rasa saya mengalami krisis identiti setiap hari. Saya seperti bertanya siapa saya? Apa yang saya suka? Apa yang berlaku?

"Lebih-lebih lagi dengan cara trend masa ini yang berubah begitu pantas, saya tidak tahu sama ada orang lain perasan, tetapi trend pantas berubah.

"Saya cuba ikut trend baharu, tapi sukar kerana sebaik mencuba trend itu datang pula trend baharu," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.711687 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list