View: 21678|Reply: 34
|
LAGENDA : SAKTI DELIMA [TV3 4.30PM ISNIN-KHAMIS]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 6-1-2011 01:14
- terbitan JS Pictures [Sheila & Jinggo]
- 20 episod
- bakal menghimpunkan pelakon-pelakon wanita bertudung - Catriona Ross, Aida Khalida, Safura, Beinda
- pengambaraan bermula sejurus selepas hari raya Aidilfitri.
- sinopsis LOM ADO LAIE....
Drama Bersiri Sakti Delima Lakonan Bienda & Iqram Dinzly
Korang ada tak menonton drama Putera Katak. Sekarang citer ni dah nak habis dah. Macamana penamatnya? Puas hati dengan ending? Selepas Putera Kata, slot Lagenda akan diisi lagi dengan sebuah drama lagenda yang lain pula iaitu SAKTI DELIMA.
Sebuah lagi cerita klasik dihidangkan oleh TV3. Lihat pada trailer dan teasernya, drama ni nampak menarik juga. Budiey pasti ada yang terkesima dan terpukau nanti sebab kisah cerita ni pernah kita tonton kat TV sebelum ni. Cuma dari filem, ia dipanjang lagi dengan sentuhan yang lebih segar, lebih beremosi dan padat juga dengan aksi yang tidak boleh dilepaskan.
Pada jam 3 petang tadi, Budiey telah hadir di Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon drama bersiri Sakti Delima di Sri Pentas TV3. Drama ini akan disiarkan di slot Lagenda TV3 mulai 3 Januari 2011 setiap hari Isnin hingga Khamis.
Dihoskan oleh Hazrena Wanita Hari Ini
Dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Engku Ismail, Aida Khalida, Catriona Ross, Liza Hanim dan Yalal Murai.
Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dengan hasil sentuhan kreatif dari pengarah Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland.
Sheila Rusly turut berlakon.
Iqram Dinzly sebagai Nur Firdaus Kencana
Drama yang diadaptasikan dari filem klasik kegemaran ramai, Pancha Delima ini mengisahkan tentang kesakitan seutas kalung yang menjadi rebutan ramai. Kisah bermula dengan perihal Taib, seorang pengusaha chalet di sebuah pusat peranginan di tanah tinggi, juga seorang bapa tunggal yang mempunyai 3 orang anak perempuan yang bernama Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur. Siti Melur (lakonan Bienda) merupakan anak bongsu yang kerap dibuli kedua kakaknya hasil dari perkahwinan pertama Taib.
Taib sedih melihat kerenah Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan sahaja asyik bertelagah sesama sendiri malah mereka juga selalu membuli adik mereka Siti Melur.
Pada suatu malam, Siti Melur telah bermimpi berjumpa dengan almarhum ibunya, Nur Aisyah. Ibu Siti Melur telah memberitahu bahawa kalung di lehernya bergelar Sakti Delima, yang akan membawa tuah kepadanya pada masa akan datang. Dari mimpi-mimpinya barulah Siti Melur tahu akan perkara sebenar bahawa ibunya merupakan seorang bunian yang memilih untuk berkahwin dengan manusia, tanpa membocorkan rahsia ini.
Akan tetapi, Siti Melur dibenarkan untuk bertanya kepada ayah dan ayahnya mengakui akan kebenaran kata-kata Nur Aisyah itu.
Namun, dia tidak mahu bercerita panjang lebar lagi tentang isterinya itu kerana seakan terdapat kesedihan dan kekesalan di dalam nada suara Taib. Lalu, Siti Melur pun berhenti bertanya kerana tidak mahu ayahnya sedih.
Pada satu hari, Taib telah pergi mengikuti seorang temannya memburu ayam hutan. Pelik, Taib masih tidak pulang walaupun hari sudah malam. Siti Melur yang bimbang tentang keselamatan ayahnya telah keluar untuk mencarinya di dalam hutan walaupun dihalang oleh kakak-kakaknya. Nasib Siti Melur baik kerana dia tahu denai yang dilalui oleh ayahnya. Hatta, Siti Melur terkejut melihat ayahnya sedang tertiarap di atas tanah sambil dihempap batang pokok manakala rakannya pula telah meninggal dunia.
Tetapi, entah dari mana, tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri menawarkan diri untuk membantu Siti Melur. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Nur Firdaus Kencana (Iqram Dinzly), lelaki itu mengangkat pokok tersebut dari atas Taib.
Kemudiannya dia menghantar Siti Melur bahawa dia mempunyai kalung yang sangat cantik dan sempat berjenaka bahawa loket delima tersebut mempunyai kuasa sakti. Siti Melur pelik kerana hanya ada dua orang sahaja yang tahu tentang kalung itu.
Antara cinta, khianat, cabaran dan janji, mampukah Siti Melur menerokai fantasi yang tersimpul bersama kalung sakti misteri kepunyaannya itu? Dan apakah jawapan di sebalik kemunculan Nur Firdaus Kencana yang mengetahui akan kedua-dua rahsia tersebut?
Saksikan tayangan drama bersiri SAKTI DELIMA yang menjanjikan anda seribu satu pengembaraan, bersiaran mulai 3 Januari 2011, pada jam 4.30 petang, hanya di slot Lagenda, di TV3.
Engku Ismail, kekasih Zarina membawa watak dan karakter yang perlukan banyak kesan solekan
Syed Nahar pelakon yang buat comeback. Dah 2 tahun tak berlakon.
Catriona Ross
Syed Nahar |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya bukan ganti ular emas...pengambaran lepas raya. Ular emas dah nak abis. |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon lelaki siape?? |
|
|
|
|
|
|
|
gnti ular emas mgkn ulik mayang kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# Syd
Sheila beri peluang artis bertudung
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN
| LAKONAN empat pelakon ini dalam drama bersiri, Sakti Delima akan dapat ditonton menerusi slot Lagenda di TV3 bermula 3 Januari depan.
|
MENGENALI produser wanita yang cukup produktif ini, sering kali dia tidak pernah gagal memberikan santapan terbaik menerusi karya-karya terbitan syarikatnya, JS Pictures.
Bukan hanya menerapkan dakwah dan mesej menerusi drama-dramanya, tetapi Sheila Rusly juga amat menitik beratkan kelainan yang ingin ditonjolkan.
Sebagai penerbit yang terkenal dengan drama yang berkualiti, Sheila tidak mahu penonton berasa bosan dengan jalan cerita yang klise.
Biar susah mana sekalipun, Sheila enggan menjadikan ia sebagai satu halangan dalam melahirkan drama yang mampu meninggalkan impak kepada audiens.
Begitu juga tentang perihal imejnya yang bertudung. Di awal kemunculannya dengan imej tersebut, ramai yang agak skeptikal dengan kemampuan anak jati Kuala Lumpur itu meneruskan karier seninya sebagai seorang aktres.
Sekali lagi, Sheila membuktikan itu bukannya satu masalah besar asalkan dia bijak memilih dan mewarnakan watak yang dijayakannya dengan baik.
Meskipun pernah dikritik hanya mampu berlakon di bawah terbitan syarikat miliknya sahaja, Sheila sedikit pun tidak pernah melatah mahupun melenting.
Menerusi JS Pictures, kata Sheila, dia mempunyai sepenuh kebebasan untuk berkarya dalam memikirkan apa jua watak yang sesuai dengan penampilannya.
"Selalunya masyarakat menganggap kalau pelakon yang sudah memakai tudung, sukar sekali mendapat watak yang benar-benar memberikan kepuasan.
"Tetapi, kalau kita berfikir di luar kotak fikiran kita, saya percaya tiada yang mustahil dalam menghasilkan watak khusus untuk wanita bertudung.
"Sebagai anak seni, kita seharusnya lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan untuk audiens kita," jelas Sheila bersungguh ketika ditemui di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.
Sheila sendiri sudah membuktikan sebelum ini apabila membawakan watak antagonis, Malika dalam drama bersiri Anak Betong dan Cucu Betong.
Menerusi drama bersiri terbaru, Sakti Dilema yang bakal menghiasi slot Lagenda di TV3 bermula 3 Januari depan, Sheila sekali lagi menampilkan kelainan yang pasti akan menarik perhatian audiens kelak.
Mana tidaknya, kali ini Sheila telah mengumpulkan artis-artis wanita yang bertudung untuk menerajui Sakti Dilema termasuk dirinya sendiri yang membawakan watak Siti Anggerik.
Lima aktres pilihan Sheila untuk drama ini ialah Bienda sebagai Siti Melur, Catriona Ross (Permaisuri Nirwana), Safura Ya'cob (Siti Tanjung), Liza Hanim(Dewi Bitara) dan Aida Khalida (Kemalasari).
"Inilah salah satu kelainan dalam drama ini dan saya memang mewujudkan watak-watak yang ada dalam drama ini khusus untuk kesemua pelakon ini.
"Sebagai teman seperjuangan, kadang-kala saya sedih mendengar keluhan mereka yang sukar mendapat watak yang sesuai dengan mereka.
"Sering kali watak yang diberikan kepada mereka begitu klise. Atas alasan itu, saya mahu membuka peluang kepada mereka dengan membuktikan kepada masyarakat bahawa tidak semestinya bertudung ia mampu menyekat bakat lakonan mereka," kata Sheila mempertahankan pendiriannya saat diajukan tentang rasional dia berbuat demikian.
Berbicara lanjut tentang Sakti Dilema, Sheila tidak menafikan sebagai penerbit, dia juga berdepan dengan situasi yang merumitkan dalam menjadikan Sakti Dilema sebagai karya terbaik.
Walaupun pernah menerbitkan drama bersiri untuk slot Lagenda sebelum ini, kelainan Sakti Delima terletak pada genre epik yang pertama kali diterbitkan oleh JS Pictures.
"Memang cukup mencabar menghasilkan sebuah drama epik secara total kerana segala aspek perlu dititik beratkan dari lokasi, busana sehinggalah ke tata rias.
"Tetapi, saya harus akui ia merupakan pengalaman yang cukup menakjubkan kerana berpeluang berlakon dengan pelakon yang kali pertama muncul dalam drama terbitan saya.
"Juga, seluruh krew yang menjalankan tanggungjawab dan kerja masing-masing seperti mana yang dirancang menjadikan penggambaran drama ini semuanya berjalan lancar," ujarnya tentang Sakti Delima yang merupakan adaptasi daripada kisah klasik Panca Delima.
Malah, Sheila juga sanggup mengeluarkan bajet yang besar dengan menyediakan busana khas untuk semua watak utama tersebut.
Begitu juga dengan pemilihan lokasi iaitu Sungai Congkak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor yang bertepatan sekali dengan konsep penceritaan Sakti Delima.
Ketika ditanya tentang harapannya, tiada lain yang Sheila harapkan melainkan drama bersiri 20 episod itu akan meninggalkan impak yang luar biasa dan menghiburkan audiens seperti drama-dramanya sebelum ini.
Pelakon lain yang turut membintangi Sakti Delima hasil tulisan Sofia J. Rhyland itu ialah Iqram Dinzly yang melakonkan watak Putera Nurfirdaus, Ungku Ismail (Andika) dan Syean (Faris).
Bienda tiada masalah
Berbanding dengan Safura dan Catriona Ross, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Penantian ini tidak berdepan dengan masalah meskipun dia bertudung.
Barangkali semua itu ada kaitan dengan personalitinya yang memang sedari awal sudah bertudung sejak menceburkan diri dalam bidang seni.
Bienda menjelaskan dia bertuah kerana sepanjang lebih lima tahun menjadi artis, dia tidak berdepan dengan masalah besar dalam membawakan pelbagai watak yang diberikan kepadanya.
Katanya, pengarah yang menggalas tanggungjawab tersebut benar-benar memahami kedudukannya sebagai wanita bertudung.
"Tetapi, dalam masa yang sama saya juga sebenarnya mengharapkan lebih ramai penerbit drama dan filem membuka mata bahawa apa yang penting adalah bakat.
"Adakah kerana seseorang itu bertudung rezekinya perlu disekat dan tidak boleh diberikan watak yang mampu mencabar kredibiliti mereka sebagai seorang aktres," ujar Bienda atau nama penuhnya, Nor Razlinda Razli memberikan pendapatnya.
Mengenai wataknya sebagai Siti Melur dalam drama itu, Bienda memberitahu, dia tidak ada masalah berlakon bersama pelakon lain.
Katanya, kali pertama berlakon di bawah arahan Jinggo memberikannya pengalaman berbeza dan pengarah itu cukup faham dengan situasinya sebagai wanita bertudung. |
|
|
|
|
|
|
|
LAGENDA : SAKTI DELIMA [TV3 4.30PM ISNIN-KHAMIS]
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 4-1-2011 08:29
Drama lagenda tv3 yang baru Sakti Delima akan ditayangkan pada 3hb Januri 2011, drama bersiri lakonan Sheila Rusly dan ada beberapa pelakon lagi dalam drama Sakti Delima ni, seperti Bienda Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, dan Liza Hanim semuanya bertudung. Lama tak tengok Liza Hanim sejak dia bertudung sekarang. Shiela Rusly buat lain dari yang lain le sebab ada 6 orang wanita bertudung dalam cerita ni.Dalam drama tu, Bienda sebagai Siti Melur, Catriona Ross (Permaisuri Nirwana), Safura Ya’cob (Siti Tanjung), Liza Hanim (Dewi Bitara) dan Aida Khalida (Kemalasari). Manakala pelakon lelaki terdiri daripada Iqram Dinzly yang melakonkan watak Putera Nurfirdaus, Ungku Ismail (Andika) dan Syean (Faris).
Di antara keenam- enam watak wanita ada watak jahat dan ada watak baik. Cuba teka siapa yang jadi watak jahat. Adakah Shiela Rusly lagi, macam cerita Cucu Betong tu..tungguuu!!
Drama Sakti Delima ni bergenre epik, sebanyak 20 episod dan diadaptasi dari filem Panca Delima, mesti korang penah tengok kan drama Panca Delima dulu.
Sinopsis Sakti Delima akan diupdate.
Kalau ikut cerita dalam filem
Di pinggir desa tinggal seorang pemotong kayu bersama tiga orang anak perempuan yang bernama Anggerik, Tanjung dan Teratai. Anak bongsunya, Teratai, memiliki seutas rantai hikmat ‘panca delima’. Suria Kencana pula ialah seorang putera raja yang telah disumpah oleh ibu tirinya yang tamakkan kuasa. Suria Kencana hidup dalam sumpahan dengan bertukar menjadi ular pada siang hari, dan kembali menjadi manusia pada malam hari. Cuma rantai hikmat ‘panca delima’ dapat melawan sumpahan tersebut.
Dengar dengarnya Iqram Dinzly akan jadi Putera Bunian bernama Nurfirdaus yang ada kuasa sakti. Dia disumpah dan dibuang ke bumi, lalu dia bertemu dengan seorang gadis jelita, manusia biasa lalu jatuh cinta..
link: http://nurizspace.com/2010/12/sinopsis-sakti-delima-slot-lagenda-tv3.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang tengah tengok citer nie....Pak Andak buka chalet kat kampung tue... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang tengah tengok citer nie....Pak Andak buka chalet kat kampung tue... |
|
|
|
|
|
|
|
cakap pun cam lawak,kena cakap bahasa baku sbb x nak nampak macam moden...hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
aiseh...cat jd jahat ke? siap bunyi2 ular lg... |
|
|
|
|
|
|
|
aduhhhh...... napa la dibuat lagi citer2 cmni....
xleh ke buat citer fiksen cmni xyah cakap bahasa purba.....
cakap normal je la xleh ker?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang bertiga bukan jadi ular.. Siang jadi Merpati malam jadi manusia biasa.. Dlm 40 hari ibu tiri (Cat) Putera tue nak bunuhnya untuk dapatkan tahta.. |
|
|
|
|
|
|
|
nama pakcik tu andak taib kan?mcm kampung mawi je |
|
|
|
|
|
|
|
kat tv9 tak da ye malam tadi.. mahabbah de laila... pkl 8.30 tadikk |
|
|
|
|
|
|
|
alamak...citer neh takde ulangan lagik ke macam dulu kat tv9? aku tak paham...diaorang dah tukar habis2san rancangan skang neyh... |
|
|
|
|
|
|
|
patut la tggu mlm tadi xde...mmg dah tukar ke jadual diorang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang turun terus lah rating slot lagenda. Untuk surirumah boleh tengok kul 4.30pm kita yg keje nie harap mlm je tengok..Hampeh btul. |
|
|
|
|
|
|
|
ada ulangan lagi tak kat tv9 cam dulu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|