View: 4082|Reply: 24
|
Label Seseorang Gay Hingga Jatuh Maruah, Peguam Kata Tertuduh Boleh Ambil Tindakan Saman Fitnah
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 28-1-2022 07:03 PM
Kontroversi yang dicetus oleh usahawan ‘panas’ Datuk Seri Vida nampaknya masih belum menemui titik noktah. Tuduhan yang dilemparkan Vida kepada penyanyi Anuar Zain telah membuatkan ramai yang lantang bersuara.
Seorang peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor turut terpanggil untuk memberi penjelasan sama ada isu berkenaan boleh diambil tindakan undang-undang atau tidak.
Menerusi hantaran di Facebook, Nor Zabetha berkata tertuduh boleh melakukan tuntutan saman fitnah di mahkamah sekiranya telah menjatuhkan maruah diri
Melabelkan seseorang dengan panggilan gay di hadapan orang ramai, boleh saman atau tidak?
Bukan setakat melabelkan seseorang gay sahaja, malahan tuduhan-tuduhan yang lain yang menjatuhkan maruah seseorang sehingga menyebabkan orang awam benci, marah atau memulaukan orang yang dituduh juga membolehkan seseorang memulakan tuntutan saman di mahkamah.
Misalnya tuduhan seperti “perempuan murah”, “penzina” dan lain-lain.
Jadi jelas sekiranya seseorang dituduh sebagai gay akan menyebabkan masyarakat umum memandang rendah kepadanya, menjauhi, memulaukan dan terdedah kepada kebencian. Maka orang yang dituduh tadi boleh mengambil tindakan saman fitnah.
Dalam pada itu, Nor Zabetha turut memberi contoh dengan berkongsi kes seorang pemimpin politik, Lim Kit Siang dengan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd pada tahun 2013.
Saya ingin rujuk kepada kes “Lim Kit Siang v Utusan Melayu (M) Sdn Bhd [2014] 1 LNS 1495, mahkamah telah memberikan definisi kepada apakah perkataan atau ayat yang mempunyai kecenderungan fitnah untuk membolehkan Plaintif membuat tuntutan ganti rugi.
Dalam kes Lim Kit Siang ini, dia menyaman Utusan Malaysia bagi artikel yang telah diterbitkan dalam akhbar Defendan pada 18.8.2013.
Setelah meneliti segala bukti-bukti dan keterangan saksi, mahkamah berpendapat bahawa artikel yang dikeluarkan adalah berbentuk fitnah dan Defendan diarahkan membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi tauladan secara keseluruhan sebanyak RM250,000.00 dan kos sebanyak RM25,000.
Sebelum ini, menerusi satu siaran ‘live’ di media sosial, Vida didakwa melabel Anuar sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis. Tindakan keterlaluannya itu juga telah membuatkan kakak Anuar iaitu Ziana Zain menulis komen ‘sangat biadap’.
Kemudian, Vida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video di Instagram (IG) miliknya. Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, dia tidak berniat seperti yang didakwa dan beranggapan mungkin dia sudah terlepas cakap.
Sumber: Facebook @nor Zabetha
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
so dalam kes ni siapa tertuduh, Anuar Zain ka Dato Vida ka dua2?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 28-1-2022 07:08 PM
so dalam kes ni siapa tertuduh, Anuar Zain ka Dato Vida ka dua2?
tgk la..ko nk 'tuduh canna'. |
|
|
|
|
|
|
|
Menerusi hantaran di Facebook, Nor Zabetha berkata tertuduh boleh melakukan tuntutan saman fitnah di mahkamah sekiranya telah menjatuhkan maruah diri
Sapa tertuduh.....Anuar lah iya ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hisapmudim tersenyum sinis dengan Anuar Zain |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Masih menanti komen dari bam nuar |
|
|
|
|
|
|
|
Sentuh lagik Malaysia's sawitheart. |
|
|
|
|
|
|
|
3chanceno replied at 28-1-2022 08:57 PM
Masih menanti komen dari bam nuar
I hrp anuar x respon apa2..stay classy please tapi klu nak saman..saman je |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak maaf pon pakai baju blink2. Dasar nk glam je |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh plak Gay tertukar Kay. Dah tentu2 dia sebut Gay. Nak backup pun tak payah lah in denial sangat. And sempat lagi kata video tu dah lama tak sangka jadi issue. Kau sebenarnya ikhlas minta maaf ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah respon apa2 dgn perempuan vida tu..terus saman malu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn bagi pape statement bang nuar,moving forward & stay classy....... |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 confuse jg. Rupanya tertuduh is org yg kene tuduh gay which is AZ. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lurkingaround at 29-1-2022 01:52 PM
.
Untuk pengetahuan anda, .......
https://www.mondaq.com/libel-def ... on-law-in-malaysia- - the-basics-of-defamation-law-in-malaysia - 17 July 2020
Justification
To rely on this defence, a person has to show that the defamatory words are true or substantially true. ...
Qualified Privilege
The defence of qualified privilege is available where the defamatory words were:
Published by a person who has an interest or a duty, legal, social, or moral, to publish the words to the person(s) to whom they were published; and
The person(s) to whom the words were published had a corresponding interest or duty to receive them. 3
However, this defence will fail if the defamatory words were published with malice. ...
Fair Comment
For the defence of fair comment to succeed, the following elements will have to be satisfied by the defendant: 6
The defamatory words must be comments as opposed to statements of fact;
The comments must be based on facts proven to be true;
The comments must be fair; and
The comments must be on a matter of public interest.
A fair comment may be defined as a comment which a fair-minded man holding strong views, obstinate views or prejudiced views could have honestly made based on the facts proved. 7
However, this defence will fail if the defamatory words were published with malice. ...
.
Olehitu, kalau Anuar Zain betul2 dan sebenarnya GAY dan hakikat ini boleh dibuktikan di mahkamah, dia tiada kes nak saman fitnah ke atas Vida.
. |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 29-1-2022 12:06 PM
Boleh plak Gay tertukar Kay. Dah tentu2 dia sebut Gay. Nak backup pun tak payah lah in denial sangat ...
GayGayJay tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
HujanBatuTiga replied at 29-1-2022 01:37 PM
Mula2 confuse jg. Rupanya tertuduh is org yg kene tuduh gay which is AZ.
Iye, bukan tertuduh dimahkamah tapi tertuduh dalam kes ni berdasarkan video tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Az x yh respon
She's not worth it
|
|
|
|
|
|
|
|
Mulut perempuan tu mmg tak boleh tutup ke? Walaupun banyak duit tapi sangat low class. |
|
|
|
|
|
|
| |
|