CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 742|Reply: 2

Jutawan Muda Penuh Kontroversi Ini Mahu Bantu Langsaikan Hutang Negara

[Copy link]
Post time 7-2-2022 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Dikatakan Terlalu Kaya, Jutawan Muda Penuh Kontroversi Ini Mahu Bantu Langsaikan Hutang Negara


DILAHIRKAN sebagai anak orang kaya mungkin menjadi satu nikmat hidup yang tidak boleh didustakan.

Apatah lagi, bergelar jutawan pada usia muda di negara yang sedang membangun seperti Indonesia membuatkan kemahuan yang diinginkan boleh dicapai dengan mudah.

Kisah jutawan muda dari Medan, Indonesia, Indra Kenz menjadi tular di media sosial baru-baru ini apabila impiannya yang mahu menyelesaikan hutang negara itu sangat dikagumi ramai.

Lapor suara.com, impian pemuda penuh kontroversi itu didedahkan dalam satu program bual bicara yang diadakan secara langsung di negara jiran tersebut.


Saat ditanya hos program berkaitan impian yang ingin dicapai, Kenz bagaimanapun hanya menyatakan semua yang diinginkan sudah dimiliki.

"Tiada apa lagi yang saya inginkan kerana sudah mempunyai segala-galanya.

"Cuma hutang negara sahaja yang belum saya bayar," katanya yang mengejutkan semua orang.


Bagaikan tidak percaya dengan apa yang diungkapkan, pengacara program tersebut bertanyakan soalan sama sekali lagi.

Pun begitu, jawab Kenz pula: "Nantilah, secara berperingkat nanti."


Kenz yang turut digelar sebagai Crazy Rich Medan itu menimbulkan tanda tanya sama ada beliau benar-benar mahu melangsaikan hutang negara atau hoax semata-mata.

Sebelum ini, Kenz atau nama sebenar, Indra Kesuma berusia 26 tahun pernah mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sentimen rakyat di sana.



Mana tidaknya, katanya dilahirkan sebagai orang miskin adalah satu keistimewaan kerana berupaya merasai perjuangan ke arah kejayaan.

"Lain pula bagi orang yang dilahirkan dalam kelurga kaya, mereka lebih tertekan kerana mahu kekal kaya atau berfikir cara untuk bertambah kaya," katanya.



Mungkin ramai yang tertanya-tanya sumber pendapatan pemuda yang dirasakan cukup luar biasa.

Menurut portal itu lagi, selain menjana pendapatan melalui syarikat yang menjalankan servis fotografi, reka bentuk web, videografi dan produksi, jutawan itu juga rajin membuat pelaburan wang digital.

Tidak hanya memiliki rangkaian syarikat lain antara laman web khas untuk kursus pelaburan khususnya buat anak muda, Kenz juga mempunyai kelab malam yang dinamakan Red Wolf Indonesia.


Banyak lagi sumber pendapatan YouTuber terkenal Indonesia itu kalau mahu diceritakan satu persatu dan memang rasa lain macam sedikit.

Apapun, sisi yang baik boleh dicontohi yang mana kesungguhan pemuda kaya raya itu menjana pendapatan melalui pelaburan kripto, konten Tiktok dan Youtube.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2022 10:53 AM | Show all posts
Bukan sahaja kaya, malah tampan orangnya.
Semoga sumbangan dia untuk melangsaikan hutang negara, dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 12:36 PM | Show all posts
beri dia borang join ameno
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.047115 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list