CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 529|Reply: 1

Dia bukan anakku...

[Copy link]
Post time 8-2-2022 02:55 PM | Show all posts |Read mode

KELUARGA Harvey. FOTO Agensi

Columbus: Selepas 30 tahun, seorang lelaki di Ohio, Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila mendapati bahawa anak perempuannya tidak mempunyai pertalian darah dengannya.

Ia kerana kesilapan ketika dia dan isterinya menjalani rawatan kesuburan untuk mendapatkan zuriat.

Daily Star melaporkan keluarga berkenaan kemudian memfailkan saman di mahkamah pada 2 Februari lalu.

Saman itu terhadap Dr Nicholas J Spirtos yang ketika itu bekerja sebagai Ketua Endokrinologi Reproduktif dan Kemandulan dan Persenyawaan In Vitro dan Pemindahan Embrio di Sistem Kesihatan Summa.

Dalam tuntutan berkenaan, keluarga terbabit mendakwa hospital terbabit melakukan penyelewengan, penipuan dan kecuaian.

Difahamkan, Jeanie dan John Harvey pergi ke klinik kesuburan di Hospital Akron City di Cleveland dengan harapan untuk mendapat zuriat.

Hasil daripada prosedur rawatan kesuburan yang dijalankan pada 1991, Jeanie disahkan hamil.

Pasangan itu menimang cahaya mata perempuan diberi nama Jessica pada 1992.

Dua tahun lalu, Jeanie menyedari ada sesuatu yang tidak kena selepas menjalankan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) anak perempuan dan suaminya sempena Hari Krismas.

"Bapa Jessica mempunyai warisan Itali dan dia berharap melakukan ujian itu dapat mengesan ahli keluarganya yang jauh supaya boleh berhubung dengan mereka semasa mengembara ke seluruh Eropah.

"Kami fikir ia adalah untuk berhubung dengan saudara jauh di negara yang mungkin kami lawati," katanya.

Dalam tuntutan berkenaan, Jessica didakwa mempunyai pertalian darah dengan ibunya, tetapi tiada hubungan dengan bapanya.

Siasatan seterusnya mendapati bapa kandung Jessica adalah seorang lelaki lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2022 08:35 PM | Show all posts
dapat baka pandai pun x suka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.048394 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list