Bagaimanapun, ramai pihak termasuk media tempatan tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul.
India Today melaporkan, sudah menjadi kebiasaan penganut agama Islam di negara itu meniup udara ke arah jenazah selepas membaca doa.
Berdasarkan rakaman, SRK yang hadir bersama pengurusnya, Pooja Dadlani ke upacara penghormatan terakhir ikon muzik India itu membawa bunga untuk mendiang.
SRK dan Pooja, terlebih dahulu membacakan doa untuk mendiang kemudian berjalan mengelilingi jenazah.
Terdahulu, mendiang Lata meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat jangkitan Covid-19. - CARI