|
Kris Wu
Beijing: Kes cabul membabitkan penyanyi Kris Wu, 31, semakin hangat diperkatakan netizen apabila satu rakaman suara bertajuk 'dumeizhu recording' menjadi tular di media sosial.
Ia seakan membuktikan pelakon dan penyanyi yang juga bekas anggota kumpulan EXO itu tidak bersalah selepas ditahan atas tuduhan merogol termasuk mencabul mangsa berusia 12 tahun.
Menerusi rakaman itu, kedengaran suara wanita bernama Du Meizhu mengakui dia menerima sejumlah wang untuk berlakon sebagai mangsa dan memerangkap Wu.
Du Meizhu bagaimanapun dalam kenyataannya berkata, rakaman ini sudah disunting.
Namun, seorang rakannya iaitu Li En menafikan kenyataan terbabit dan memainkan rakaman sebenar suara Meizhu menerusi telefon bimbitnya dalam satu temubual dengan satu program.
Sehingga kini masih belum jelas berkaitan kes yang mendakwa Wu melakukan jenayah rogol kerana tidak ada seorang pun mangsa membuat laporan polis.
Kris Wu ditahan polis China pada Julai tahun lalu. Penahanannya dibuat hanya menerusi satu tuduhan yang dibuat seorang gadis di atas talian.
Berikutan liputan penangkapannya pada 31 Julai lalu, nama Kris semakin tercalar selain hilang kepercayaan pelbagai pihak.
Di China, namanya serta-merta digugurkan daripada pelbagai promosi.
Dalam iasatan polis sebelum ini, Kris menafikan tuduhan dia memperdaya seorang gadis untuk melakukan hubungan seks menggunakan minuman keras.
Seorang mangsa yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat mendakwa dia pernah menghadiri parti Kris selepas diajak pembantu penyanyi itu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|