View: 1152|Reply: 5
|
Berat Naik 10kg Sebab Tertelan Darah Palsu
[Copy link]
|
|
Jika orang lain kebanyakannya akan susut bentuk fizikal ketika berlakon babak aksi, lain halnya dengan pelakon Yoo In-soo apabila mengalami kenaikan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg).
Dedah pelakon itu, berat badannya naik selepas penggambaran siri fenomena siaran Netflix yang menjulang namanya, All Of Us Are Dead.
Kredit foto: Koreaboo
Meskipun memegang watak antagonis dan banyak menjayakan babak lasak seperti kejar-mengejar serta pertarungan, namun ada faktor yang menyebabkan berat badannya naik.
Dedah In-soo, dia mengambil masa hingga tiga jam untuk disolek dengan solekan wajah dipenuhi luka dan darah yang diperbuat daripada sirap jagung serta kopi.
“Saya jayakan banyak babak aksi seperti menggigit dan melukakan orang lain. Jadi saya perlu sentiasa ada darah dalam mulut.
“Untuk menampakkan realistik, pasukan produksi meletakkan darah tiruan pada gigi dan mulut saya.
Kredit foto: KDramaStars
“Saya memang letih sepanjang menjayakan babak aksi tapi hairannya, berat badan saya naik.
“Rupa-rupanya saya sedar darah tiruan itu memang tinggi kalori. Mungkin saya ada tertelan darah itu,” katanya ketika muncul dalam program Knowing Brothers.
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
eh mmg jahat gila watak kau dik
mcm nak terajang aje kau masa nak tangga tu |
|
|
|
|
|
|
|
Iolsss suka betul fashion rambut mullet ni. Sesiapa yg buat terus nampak macho. Haritu kenan kat lee je hoon dlm taxi driver sbb rambut mullet dia jugak dlm drama tu |
|
|
|
|
|
|
|
memang menyumpah bila nak kojol si zombie seekor ni, menjadi betul wataknya
10kg tu apa la sangat, sekejap je boleh susut kalau ikut diet ala korea tu |
|
|
|
|
|
|
|
Lambat betul dia mati dlm drama tu. Gerammm je |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mengapa boleh diet lepas tu yang penting lakonan berhasil |
|
|
|
|
|
|
| |
|