Salam. Saya tak tahu mcamana nk mulakan. Tengah stress dan down. Saya menulis apa yg keluar jadi mungkin ayat dan flow kurang menarik. Maafkan saya. Perhubungan jarak jauh walaupun telah 4 tahun berkahwin dan memiliki seorang ank perempuan.Masalah timbul bila suami yg berlainan negeri dan cara hidup modern yg tidak dpt menerima sikap dan cara hidup family saya yg terdiri drpd org-org kampung.Dia selalu merungut dan komplen perangai kami adik beradik dan saudara mara.Walhal bagi sy yg educated,profesional, ada di kalangan kawan yg moden, menganggap itu semua cara hidup kami sbg masyarakat kampung dan tak melebihi batas sbg seorang muslim dan melayu. Sikapnya itu membuatkan kami semakin jauh dan saya lebih suka sekiranya dia tidak jenguk kami.Itu lebih menenangkan hati saya.Kalau dia balik, macam-macam perkara dia merungut. Risau akan timbul konflik antara dia dan saudara mara. Semua ini membuatkan saya prefer PJJ tapi saya kesiankan anak yg memang rapat dgn ayahnya. Fmily pulak asyik bertanya smpai bila nk PJJ. Sebenarnya perasaan saya pd dia dah kosong. Langsung tiada perasaan cinta dan sayang disebabkan sikapnya itu. Bagaimana sekiranya kami berpisah dan apa kesannya pd anak saya?Dia enggan bercerai sebab katanya hal kecik je kenapa perlu berpisah. Tapi bagi saya hal ni cukup membebankan jiwa saya. Saya tak nampak jalan penyelesaian terhadap perhubungan ini.Sampai bila saya harus berada dlm perhubungan yang tidak bahagia ini.Mohon pendapat semua apa yg harus saya lakukan? Mohon jgn kecam..
|