|
MICHAEL J. Fox kini bergerak dengan bantuan tongkat akibat penyakit Parkinson.
Santa Monica: Pelakon legenda, Michael J. Fox, 60, kini bergerak dengan bantuan tongkat akibat penyakit Parkinson yang dihidapinya.
Bintang filem Back to the Future itu dilihat terpaksa dipapah seorang rakan sewaktu keluar dari sebuah tempat makan, di sini baru-baru ini.
Fox memutuskan untuk bersara dari industri pada 2020 selepas bertarung lama dengan penyakit itu.
Sewaktu berusia 29 tahun, doktor menganggarkan dia cuma memiliki 10 tahun untuk dapat bergerak dengan baik pergi bekerja.
Enggan mengesahkan kepada khalayak dia mengalami gangguan sistem saraf ketika itu, Fox cuba menyuntiknya dalam setiap watak dilakonkan sebelum ini.
Pada 1998, dia menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan, Michael J. Fox Foundation yang bertujuan membiaya kajian mencari penawar untuk penyakit Parkinson.
Organisasi terbabit sudah membiayai lebih RM4.2 billion penyelidikan dalam tempoh kurang 20 tahun.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|