View: 930|Reply: 0
|
Selebriti vs pembedahan plastik
[Copy link]
|
|
Selebriti vs pembedahan plastik
AMALAN pembedahan plastik dalam kalangan selebriti bukan lagi perkara asing. Untuk tampil lebih menarik, golongan selebriti ini rela melakukan apa sahaja pada bahagian tubuh atau wajah mereka untuk kelihatan lebih sempurna.
Bercakap tentang prosedur pembedahan plastik, terdapat beberapa nama artis Malaysia juga diketahui pernah melakukan prosedur kecantikan tersebut, antaranya pelakon, Raja Ilya.
Pelakon yang kini menetap di Australia itu secara terang-terangan mengakui pernah melakukan rawatan untuk mencantikkan bahagian punggungnya.
Bagaimanapun pendedahan tersebut hanya dilakukan apabila Raja Ilya meluahkan kemarahan berhubung kematian seorang lelaki akibat melakukan rawatan kecantikan membesarkan punggung bersama doktor tidak bertauliah sekitar awal Januari lalu.
Pelakon berusia 36 tahun itu memberitahu pernah menjadi mangsa dan perlu menanggung kesan sampingan akibat melakukan hal sama.
Sebenarnya, tidak semua selebriti yang melakukan pembedahan plastik untuk kecantikan semata-mata. Terdapat juga selebriti melakukan pembedahan plastik untuk ‘memperbaiki’ kecacatan mereka.
Gala minggu ini menamakan selebriti terkenal dunia yang tidak segan silu mengakui telah melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih sempurna dan seksi.
Krisdayanti
Siapa yang tidak kenal dengan diva asal seberang, Krisdayanti atau KD. Pelantun lagu Menghitung Hari itu tidak pernah berselindung dengan prosedur pembedahan plastik yang dilakukan pada beberapa bahagian tubuh badannya.
KD menjadi artis pertama Indonesia yang secara terbuka mengaku melakukan pembedahan plastik menerusi penulisan dalam sebuah biografi berjudul Catatan Hati Krisdayanti: My Life, My Secret.
Selain mengaku pernah melakukan suntikan botox , penyanyi berusia 46 tahun itu juga telah menanam implan pada bahagian payu daranya, menyedut lemak dan memancungkan hidung.
Jessi
Selebriti Korea Selatan sememangnya cukup terkenal dengan pembedahan plastik. Bahkan negara itu juga dikenali sebagai ‘kilang pembedahan plastik’ kerana operasi pembedahan kecantikan dilakukan secara meluas.
Seorang selebriti yang tidak ketinggalan melakukan pembedahan plastik pada wajah ialah penyanyi Jessi.
Pelantun Nunu Nana itu dalam satu kenyatannya memberitahu dia tidak ingin mengubah wajahnya, namun terpaksa melakukan pembedahan plastik atas desakan pihak pengurusan yang mempunyai misi melonjakkan perjalanan karier muziknya. Selain karya muzik, Jessi harus lebih cantik.
Untuk kelihatan lebih fotogenik, Jessi telah melakukan beberapa pembedahan plastik pada bahagian payu dara, kelopak mata dan hidungnya.
Kelly Rowland
Penyanyi Kelly Rowland juga pernah mengaku melakukan pembedahan plastik pada bahagian payu daranya untuk tampil lebih menarik.
Menurut bekas anggota kumpulan Destiny’s Child itu, dia telah mengeluarkan belanja besar mencecah ratusan ribu dolar untuk melakukan pembedahan tersebut.
Alasannya cukup mudah. Rowland ingin membesarkan payu daranya pada 2007 kerana mengakui saiz payu dara asalnya terlalu kecil untuk menjadi seorang penyanyi berkelas dunia.
Preity Zinta
Kecantikan yang dimiliki pelakon Bollywood terkenal, Preity Zinta sebenarnya bukanlah 100 peratus asli. Pelakon berlesung pipit itu mengakui telah melakukan beberapa prosedur pembedahan plastik pada wajah sejak usianya meningkat.
Pelakon berusia 47 tahun itu seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa usianya bukan lagi muda selepas timbul beberapa garis halus dan kedutan pada wajahnya.
Dalam satu kenyataannya kepada media tempatan, Preity mengakui melakukan pembedahan plastik pada bahagian mata untuk mengurangkan garisan kedut penuaan, bibir dan hidung untuk tampil segar dan tidak dimakan usia.
Ashton Kutcher
Selebriti lelaki juga tidak ketinggalan untuk melakukan pembedahan plastik supaya tampil kelihatan lebih menarik.
Antaranya ialah pelakon Hollywood terkenal, Ashton Kutcher. Dilahirkan dengan wajah yang tampan semula jadi, Kutcher bagaimanapun masih belum berpuas hati dengan apa yang dimiliknya.
Bekas model pakaian dalam Calvin Klein itu mengaku telah melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya supaya kelihatan lebih runcing.
Ujar selebriti berusia 44 tahun itu, bentuk asal bahagian batang hidungnya membuatkan wajahnya kelihatan buruk dan tidak menarik kerana kedudukan yang tidak semetri.
https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... pembedahan-plastik/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|