CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 611|Reply: 0

Jin BTS jalani pembedahan jari telunjuk

[Copy link]
Post time 21-3-2022 12:04 PM | Show all posts |Read mode

Jin BTS

Seoul: Anggota BTS, Jin, 30, selamat menjalani pembedahan kerosakan tendon di jari telunjuknya dan terpaksa direhatkan daripada sebarang aktiviti seni.

Menurut agensinya Big Hit, Jin atau nama sebenarnya Kim Seok-jin mengalami kecederaan agak serius di bahagian jari dan terpaksa dimasukkan ke bahagian kecemasan di hospital terdekat.

"Jari telunjuk Jin mengalami kecederaan sewaktu melakukan aktiviti hariannya dan menjalani pemeriksaan serta rawatan bahagian kecemasan hospital berdekatan, Jumaat lalu.

"Selepas berbincang dengan doktor, dia diberitahu perlu menjalani pembedahan kerana sebahagian tendon dalam jarinya sudah rosak. Dia menjalani pembedahan itu pada hari sama," kata agensi terbabit.

Penyanyi terbabit juga dilaporkan perlu memakai pembalut simen pada jarinya sehingga pulih sepenuhnya.

"Pembedahan itu berjalan lancar dan Jin sudah keluar hospital pada Sabtu (semalam). Dia kini berehat dan kena pakai pembalut simen untuk jarinya pulih sepenuhnya.

"Dia cuma akan kembali menyambung aktivitinya apabila sudah sihat. Kami akan terus memberikan sokongan penuh untuk kesembuhan Jin," kata agensi itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.071546 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list