PELAKON Amanda Bynes baru-baru ini mengungkapkan satu fakta yang mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu industri seni hiburan di Hollywood sangat kejam.
Ujar Bynes, banyak pihak yang terlibat dalam industri di Hollywood tidak mempunyai hati perut terhadap manusia apabila bersikap kejam tanpa mempedulikan hati sesiapa.
“Saya pernah berdepan dengan sikap seorang pengarah filem terkenal yang begitu buruk. Pengarah tersebut telah menghina dengan memanggil saya sebagai raksasa.
“Saya juga berdepan dengan sikap buruk paparazi dan tidak pernah menghormati hak saya sebagai manusia,” katanya.
Pelakon filem Hairspray itu juga menasihati peminat supaya tidak tertipu dengan gambaran luaran dan keindahan yang dipamerkan oleh pemain industri Hollywood.