|
Sumber: Google Image
Untuk pengetahuan semua, BTS (Bangtan Boys) merupakan kumpulan K-pop yang paling popular pada abad ini. BTS juga akan menjadi artis pertama yang akan dicetak pada jersi Barcelona FC. Namun apakah sumbangan yang diberikan oleh BTS sehingga logo mereka muncul pada jersi kelab sukan ini?
Menerusi portal KBIZoom, berita mengenai cetakan jersi itu telah diberitahu sejak Barcelona FC membuat kolabrasi dengan Spotify. Hasil daripada kolaborasi ini, nama atau logo artis popular dunia dikatakan akan dimasukkan pada jersi kelab bola sepak itu. Walaupun hanya khabar angin, namun idea ini merupakan salah satu perancangan untuk meningkatkan publisiti jenama untuk Barcelona FC dan juga Spotify.
Semalam, Barcelona FC telah mendedahkan foto jersi mereka dengan logo dan nama BTS di bahagian dada. Kemunculan logo BTS pada jersi Barcelona FC sememangnya akan menaikkan lagi publisiti kelab bola itu.
Sumber: Google Image
Namun, penampilan logo artis pada jersi sukan bukanlah satu perkara yang baru dalam dunia bola sepak. Beberapa tahun yang lalu, kelab Atletico Madrid pernah menandatangani kontrak bersama Columbia Pictures. Hasil kolaborasi itu, Columbia Pictures dapat mempromosikan filem menggunakan jersi pasukan itu.
Sekadar info, pada 16 Mac 2022, Barcelona FC telah mengumumkan bahawa perjanjian penajaan dengan Spotify telah ditandatangi secara rasmi.
Dengan kolaborasi ini, Barcelona FC akan menjadi stabil dari segi kewangan apabila Spotify memberikan sejumlah dana yang besar. Menurut info, dari musim 2022 hingga 2023, kelab Barcelona FC akan menerima 279.5 juta euro dan menurut perjanjian, Spotify akan menyokong kelab itu dari segi kewangan selama empat tahun berturut-turut. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|