CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

Ketua kontinjen beri insentif pemenang pingat emas di Hanoi

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:26 PM | Show all posts |Read mode

Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad (empat kanan) bersama kontinjen Malaysia selepas perhimpunan akhir di Bukit Jalil, hari ini. - Foto NSTP/Genes Gulitah.

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas pada temasya Sukan SEA Hanoi yang dijadual berlangsung bulan depan bakal menerima insentif daripada ketua kontinjen negara, Datuk Nur Azmi Ahmad .

Sumbangan peribadi secara terus kepada atlet sebaik saja mereka memenangi pingat berkenaan adalah sebagai penyuntik semangat atas kejayaan mengharumkan nama negara di pentas saingan dwitahunan itu.

"Itu saya yang berikan kepada atlet," kata Nur Azmi kepada media selepas Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke temasya Sukan SEA Hanoi di Bukit Jalil, di sini, hari ini.

"Saya mahu atlet membantu saya mendapatkan pingat, jadi saya juga perlu menyediakan sedikit peruntukan kepada atlet. Ini adalah supaya kejayaan itu dapat dikongsi secara bersama. Mereka melakukan kerja, saya pula memberikan sesuatu kepada mereka.


"InsyaAllah, saya sudah bersedia dan sumbangan itu akan diberikan terus di Hanoi. Nanti tanyalah atlet berapa dapat (insentif). Saya hanya beri kepada yang menang emas," katanya sambil berkata Majlis Sukan Negara (MSN) akan memberikan insentif kepada pemenang pingat perak dan gangsa menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam).

Sukan SEA Hanoi dijadual membuka tirainya pada 12 Mei ini dengan kontinjen negara disertai seramai 864 orang. Daripada jumlah itu, 589 adalah atlet yang merangkumi 364 lelaki dan 225 wanita. Bakinya adalah 275 pegawai yang merangkumi 222 lelaki dan 53 wanita.

Semalam, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) turut mengumumkan pelantikan atlet terjun yang juga Olimpian di dua temasya Sukan Olimpik, Nur Dhabitah Sabri sebagai pembawa Jalur Gemilang bagi temasya edisi ke-31 itu.

Untuk rekod, pada temasya Sukan SEA Filipina 2019, kontinjen negara meraih 56 pingat emas, 57 perak dan 71 gangsa untuk berada di tangga kelima daripada 11 negara keseluruhan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ingat-emas-di-hanoi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.310617 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list