View: 425|Reply: 0
|
Pengalaman di enam Sukan Sea jadi sandaran Keen Hoo
[Copy link]
|
|
(DARI kanan) Moh Keen Hoo bersama Pengurus Pasukan, Koh Hon Keong, atlet Lim Kok Leong dan jurulatih pasukan, Sam Choong ketika sidang media kontinjen Malaysia bagi Sukan Sea Vietnam 2021. FOTO AMIRUL JOHARI
Kuala Lumpur: Pengalaman enam kali beraksi di temasya Sukan Sea menjadi taruhan buat pemain snuker berpengalaman negara, Moh Keen Hoo.
Keen Hoo, 35, adalah atlet paling berpengalaman dalam skuad snuker kali ini dan dia belum memikirkan untuk meninggalkan sukan itu.
Tegasnya, selagi mampu untuk mewakili negara dan memberi aksi terbaik, dia akan terus berusaha untuk mengharumkan nama negara.
Meraih tiga emas, dua perak dan empat gangsa sepanjang enam penampilan di temasya dwi tahunan itu, Keen Hoo berkata, tiada apa disasarkan kali ini sebaliknya hanya mahu memberikan yang terbaik.
Dia yakin, sekiranya aksi terbaik dipamerkan, pingat itu pasti akan hadir dan di Hanoi, dia akan bermain dalam acara Snuker 6 Red Singles.
"Bagaimanapun, kekangan terhadap kerja sedikit mengganggu persiapan saya ke temasya kali ini.
"Enam kali bukan satu nombor sedikit. Saya pernah dapat emas, perak dan gangsa. Tak dapat apa-apa pun pernah.
"Selagi boleh dan cergas untuk terus beraksi dalam sukan ini saya akan cuba. Buat macam biasa dan berikan yang terbaik," katanya.
Pada temasya tiga tahun lalu di Filipinan, Keen Hoo menyumbangkan satu emas dalam acara beregu bergandingan bersama Lim Kok Leong dan perak dalam acara perseorangan.
Bagaimanapun kali ini acara beregu yang menjadi kekuatan skuad negara tidak dipertandingkan.
Sementara itu pengurus pasukan, Koh Hon Keong berkata, persiapan skuad snuker negara bermula agak lewat berikutan bertanggungjawab atlet terhadap kerja masing-masing.
"Kami membuat persediaan sedikit lewat sebab semua bekerja dan mereka bukanlah atlet sepenuh masa.
"Tapi saya rasa ia bukan masalah besar sangat sebab semua mereka terbabit dalam bidang sama termasuk ada yang bertugas sebagai jurulatih dan bidang pengurusan.
"Apa yang menjadi masalah cuma kecergasan. Itu yang menjadi kekangan sekarang ini sebab mereka semua bekerja," katanya yang menyasarkan untuk satu emas dan satu perak pada temasya kali ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-sandaran-keen-hoo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|