View: 385|Reply: 0
|
Pemain hoki negara dapat belajar, perbaiki - Arul
[Copy link]
|
|
ARUL (memakai topi) memberi kata-kata semangat kepada pemain negara ketika menentang Australia. FOTO ihsan MHC
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki senior kebangsaan, Arul Selvaraj yakin anak didiknya sudah mempelajari sesuatu selepas tamatnya empat siri perlawanan persahabatan dengan pasukan nombor satu dunia, Australia.
Katanya, pemain dapat menilai kesilapan tidak sepatutnya dilakukan apabila melawan pasukan lebih handal.
"Secara keseluruhannya dari siri jelajah ini, saya rasa pemain dapat merasai apa yang perlu dipelajari dan perbaiki seperti kekuatan mental untuk berlawan dan kekuatan kaki untuk mengejar pemain Australia.
"Perkara positif kami boleh ambil dalam siri perlawanan ujian ini adalah pemain mula merasai bagaimana mereka boleh memberikan tentangan kepada pasukan seperti Australia dari sudut mental serta fizikal.
"Tapi kita perlu bermain dengan pasukan tempat ketiga dan keempat dunia untuk menguji kemampuan mengekalkan tahap perlawanan pemain negara," katanya.
Pada aksi pertama persahabatan di Stadium Hoki Perth, skuad senior kebangsaan tewas 0-3 dengan jaringan masing-masing dijaringkan Tom Wickham, Blake Govers dan Jeremy Hayward.
Aksi kedua pula menyaksikan Malaysia dibelasah 0-7 sebelum berjaya mengurangkan defisit jaringan pada perlawanan ketiga apabila tewas 0-3.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lajar-perbaiki-arul |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|