View: 366|Reply: 0
|
Syaqiera bidik pahala berganda
[Copy link]
|
|
SYAQIERA akan beraksi di Sukan Sea Vietnam. FOTO World Archery
Kuala Lumpur: Ramadan pastinya menjadi penantian buat seluruh umat Islam kerana pelbagai keistimewaan yang terkandung di dalamnya tidak dapat dirasai pada bulan lain.
Begitu juga perasaan atlet memanah negara, Syaqiera Mashayikh yang begitu teruja dan ternanti-nanti untuk menjalani ibadah di dalam bulan mulia ini.
"Ramadan memang satu bulan yang istimewa buat orang Islam. Saya sangat menunggu bulan ini sebab adanya solat Tarawih. Selain itu, saya juga seronok dapat berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.
"Apa yang saya paling suka dalam bulan ini ialah bazar Ramadan sebab saya boleh dapatkan pelbagai juadah di situ dan itu buat saya sangat teruja," katanya.
Walaupun sibuk dengan persiapan dan latihan menjelang temasya Sukan Sea ke-31 bulan depan, dia tetap cuba sedaya upaya untuk mengkhatamkan bacaan al-Quran.
Menurutnya, dia sebolehnya ingin memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dengan mengambil manfaat serta barakan yang ada dalam bulan Ramadan.
Anak kelahiran Segamat, Johor itu juga tetap positif dalam menjalani latihan ketika ini walaupun dia diselubungi perasaan hiba disebabkan tidak dapat beraya bersama keluarga tersayang.
"Kali ini sambutan hari raya saya hanya di Majlis Sukan Negara (MSN) sahaja dan memang lain rasanya sebab tanpa keluarga.
"Tapi itu tak apa, sebab saya ada tanggungjawab besar untuk negara dan kejohanan pun berlangsung musim raya jadi mungkin selepas itu baru saya fikir untuk beraya," katanya.
Sementara itu, dia mengakui ada peningkatan prestasi dalam latihannya ketika ini dan ingin fokus kepada ketahanan mental sebelum menjelangnya Sukan Sea kelak. Dia juga berhasrat menjadikan Sukan Sea kali ni sebagai medan untuk menilai serta menambah baik prestasinya.
Untuk rekod, Syaqiera adalah pemanah wanita ketiga negara layak ke Olimpik selepas Mon Redee (Athens 2004) dan Nurul Syafiqah Hashim (London 2012).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dik-pahala-berganda |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|