CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 0

Ratu pecut Sukan SEA tak bertanding di Hanoi

[Copy link]
Post time 30-4-2022 12:24 PM | Show all posts |Read mode

Ratu pecut Sukan SEA yang menjadi kebanggaan Vietnam, Le Tu Chinch. - Foto ihsan Pinoyatlethics.info

KUALA LUMPUR: Ratu pecut kebanggaan tuan rumah Vietnam, Le Tu Chinch, terpaksa melupakan hasrat untuk mempertahankan pingat emas 100 meter (m) di laman sendiri, akibat kecederaan meniskus ketika latihan di Ho Chi Minh (HCM) City dua minggu lalu.

Menurut Vietnam News Agency, atlet berusia 25 tahun itu dikeluarkan daripada temasya dwitahunan itu, dijadualkan pada 12 hingga 23 Mei ini, sekali gus terlepas peluang untuk meraih kemenangan hatrik acara blue ribbon itu.

"Saya telah membawa beliau ke hospital-hospital berbeza di HCM City dan Hanoi untuk pemeriksaan. Menurut doktor beliau memerlukan pembedahan dan tidak akan bertanding pada Sukan SEA," jurulatih Le, Nguyen Thi Thanh Huong, dilaporkan berkata.

Le mula mencipta nama ketika penampilan pertama di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan mengungguli acara 100m, 200m dan 4x100m.


Beliau mempertahankan gelaran ratu pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA 2019 di Filipina dengan catatan masa 11.54 saat.

Vietnam menyasarkan antara 15 hingga 17 emas bagi mempertahankan gelaran juara acara olahraga temasya itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... bertanding-di-hanoi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.186156 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list