CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

12 pelumba basikal Terengganu beraya di Eropah

[Copy link]
Post time 30-4-2022 03:49 PM | Show all posts |Read mode

BARISAN 12 pelumba Terengganu yang kini berpangkalan di Eropah dalam persediaan untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia dan Kejohanan Kebangsaan. -FOTO ihsan FIRDAUS DAUD

Kuala Lumpur: Bagi 12 pelumba basikal Terengganu, mereka akan menyambut kehadiran 1 Syawal ini dengan cara berbeza.

Ini kerana, pada pagi 1 Syawal nanti, takbir raya akan bergema di dalam van bersama-sama rakan sepasukan yang dalam perjalanan pulang dari Itali ke Belgium.

Tiada baju Melayu, lemang, rendang atau ketupat menyambut mereka, selain hanya melepaskan lelah selepas penat bertarung dalam perlumbaan.

Itulah pengorbanan terpaksa ditempuh buat kali pertama oleh 12 pelumba Terengganu itu selepas berpeluang menjalani latihan di Eropah sehingga 12 Mei ini.

Bagi pengurus pasukan, Muhammad Firdaus Daud, semua pelumba dipilih berdasarkan prestasi semasa dalam usaha untuk memastikan mereka menyerlah di Sukan Malaysia (Sukma) dan Kejohanan Berbasikal Kebangsaan, bulan depan.

Katanya, semua pelumba akan didedahkan dengan beberapa siri perlumbaan di sekitar Eropah seperti di Luxembourg, Switzerland, Itali serta Belgium.

"Ini adalah kali pertama mereka akan beraya jauh dari keluarga. Saya harap mereka tabah menghadapinya kerana peluang untuk beraksi di Eropah bukan mudah diperoleh.

"Mengikut jadual, pada malam raya itu nanti semua pelumba hanya akan meraikan di dalam van dalam perjalanan pulang dari Itali ke Belgium.

"Selain itu mereka akan menyertai perlumbaan seperti di Zele, De Haan dan beberapa tempat lagi.

"Walaupun sedih sebab berjauhan dari keluarga, saya harap peluang ini dapat memberi manfaat kepada kesemua 12 pelumba Terengganu yang dalam persiapan untuk menghadapi Sukma nanti," katanya.

Biarpun sudah banyak kali berjauhan dari keluarga, Firdaus yang juga bekas pelumba kebangsaan berkata, dia turut mengakui perasaan sayu di pagi raya tidak dapat dibuang.

Namun, katanya, semua itu perlu ditempuhi demi tuntutan kerja dan tanggungjawab untuk memastikan sukan berbasikal negara terus berkembang.

"Saya harap pengalaman diraih 12 pelumba ini akan membantu mereka mendapatkan emas di Sukma dan kejayaan di Kejohanan Kebangsaan nanti.

"Selain itu saya harap adalah seorang dua pelumba dilamar kelab Eropah supaya dapat teruskan kayuhan di benua ini dan menimba banyak lagi pengalaman," katanya.

Mereka yang kini berada di Eropah adalah Anuar Manan, Zhe Yie Kee, Muhamad Hakimi Haiqal Ahmad Sabri, Muhammad Haizam Mohd Shabri, Muhammad Shahmir Aiman Bij Abdul Halim, Mohammad Faisal Izuddin Ahmad Joyo, Wan Muhammad Hamizan Wan Badrulfadli Sham, Mohamad Aiman Haiqal Mohammad Khairul, Muhammad Alif Aiman Mohd Zainudin dan Muhammad Sanim Fitri Abdul Halim.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nu-beraya-di-eropah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.882988 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list