View: 544|Reply: 0
|
Marbawi puas hati prestasi barisan pemanah muda
[Copy link]
|
|
MARBAWI memberi ucapan tahniah kepada Juwaidi selepas meraih emas dalam acara compound individu lelaki. - FOTO Hairul Anuar Harun
Hanoi: Jurulatih skuad memanah negara, Muhammad Marbawi Sulaiman menyifatkan barisan anak didiknya yang rata-ratanya muka baharu sudah meraih pengalaman berguna di temasya Sukan Sea Vietnam 2021.
Ia boleh dianggap sebagai satu pelaburan terbaik dalam usaha memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat baharu yang mampu beraksi pada penampilan temasya akan datang.
Jurang prestasi antara pemanah senior dan pelapis tampak masih besar dan ia boleh dinilai menerusi kutipan pingat emas terutama disumbangkan pemanah pengalaman seperti Mohd Juwaidi Mazuki dalam acara compound individu lelaki.
Juwaidi terus cemerlang dengan merangkul emas ketika bergandingan dengan Fatin Nurfatehah Mat Salleh untuk memenangi acara compound berpasukan campuran.
Bagi Marbawi, pengalaman tentunya amat berguna dalam sukan ini apatah lagi untuk mengatasi perasaan gugup ketika beraksi di temasya besar seperti Sukan Sea.
"Apa yang boleh dikatakan, bagi saya pemanah baru seperti ini memerlukan pengalaman terutama untuk mencari keserasian dalam pasukan dan juga membina keyakinan dalam diri masing-masing.
"Jika dalam pasukan, pemanah senior mereka lebih tenang kerana mempunyai pengalaman sebelum ini dan tahu di mana perlu diperbaiki jika melakukan kesilapan.
"Berbanding dengan pemanah baru ini, sukar untuk mereka mengawal perasaan gementar itu. Saya percaya ini satu pengalaman terbaik bagi mereka untuk temasya akan datang," katanya.
Pada edisi ke-31 di Hanoi, skuad memanah membawa pulang dua emas, dua perak dan lima gangsa dan berada di tangga kedua keseluruhan dalam senarai pungutan pingat manakala Indonesia muncul juara keseluruhan dengan lima emas dan satu perak.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... arisan-pemanah-muda |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|