View: 27357|Reply: 160
|
[R-TV] MENTOR 5 [SALMA JUARA - KONSERT FINAL]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 31-5-2011 00:42
CAK: Mawi jadi Mentor?
2010/09/18
SYUKUR, seminggu dua ini rezeki tak putus-putus. Setiap hari ada saja undangan rumah terbuka anjuran teman lama dan rakan industri.
Paling seronok, inilah masanya berkumpul semula dengan teman yang sudah lama tidak bertemu. Apabila bersua muka, banyak cerita yang dikongsi, termasuk kisah hitam putih artis dan perkembangan terbaru arena seni tanah air.
Antara yang CAK ingin kongsi di sini adalah mengenai penganjuran Mentor musim keempat. Seperti musim terdahulu, penganjur akan membariskan artis dan komposer ternama sebagai mentor.
Menurut maklumat yang CAK dengar, antara yang disebut-sebut adalah penyanyi yang pernah menerima jolokan Raja SMS selepas menjuarai pertandingan realiti Akademi Fantasia musim ketiga, Asmawi Ani atau lebih popular dengan panggilan Mawi; penyanyi jelita, Fauziah Latiff dan komposer terkenal, Aidit Alfian.
Agak mengejutkan juga kerana Mawi yang boleh dikategorikan masih hijau diangkat sebagai mentor untuk menurunkan ilmu serta pengalaman kepada peserta yang melayakkan diri. Bukan CAK meragui atau menafikan kredibiliti Mawi, namun kagum dengan penganjur kerana berani membuka ruang kepada ‘guru’ muda dalam penganjuran kali ini.
Barangkali ilmu Mawi tidak sebanyak penyanyi lebih senior, tetapi siapa tahu dia boleh menggunakan kelebihan serta pesona yang ada pada dirinya selama ini untuk melahirkan seorang lagi bintang besar.
Bukankah dia pernah mencetuskan fenomena dalam industri sehingga menjadi kegilaan ramai, tidak kira tua muda.
Bahkan aura dimiliki anak jati Felda Taib Andak ini berjaya melonjakkan namanya sebagai Bintang Paling Popular tiga kali berturut-turut.
Pasti banyak rahsia dan tips dapat dikongsi dengan anak didiknya nanti. Andai benar khabar yang bertiup sepoi-sepoi bahasa ke lubang telinga CAK ini, sama-sama kita saksikan bagaimana jejaka berjiwa gila-gila ini melaksanakan tugasnya sebagai mentor dan bersaing dengan rakan artis lebih senior. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
platform menguji kepopularan dan kesetiaan peminat mawi laks |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan harap la nak tgk Mentor SR5. Undi pakai SMS pun jangan harap la nak buat. Membuang kredit saja kalau undi. |
|
|
|
|
|
|
|
lag satu
bukan mentor ke 5 kah?
yang ke 4 baru je abis tu hari |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada c Mawi jgn harap la haku tgk dan vote. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyanyi Malar Segar Antara Mentor Musim 5?
Program realiti "Mentor" bakal menemui penonton tidak lama lagi. Apa yang GUA dengar, program realiti yang masuk musim kelima itu bakal dilancarkan minggu hadapan. Bila sebut saja Mentor, pasti ramai yang ingin mengetahui siapakah artis yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab untuk menjadi mentor kepada protégé mereka. Ramai artis yang sudah menjadi mentor sebelum ini seperti Datuk Siti Nurhaliza, Nora, Ziana Zain, Ajai, Azmeer, Mus May, Mas Idayu, Zainal Abidin dan banyak lagi. Kesemuanya telah melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang.
Dulu-dulu ada juga GUA dengar ramai nama besar yang dirisik TV3 untuk tugas tersebut. Pernah juga ada cerita yang tersebar mengatakan Mawi juga turut dilamar. Kita tunggu saja pengumuman yang akan dibuat.
Yang pastinya itu bukan topik utama yang ingin GUA perkatakan. Ada seorang lagi nama besar yang telah menyatakan persetujuannya untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Namanya cukup besar, seluas pengalamannya selama lebih 4 dekad dalam bidang muzik.
Sebutkan apa saja genre lagu yang tidak pernah penyanyi ini dendangkan. Dari lagu balada, pop, hip-hop, rock, ghazal, asli, tradisional, deli, zapin, inang, semuanya pernah dibawakan oleh penyanyi hebat ini. Alunan suara emasnya bukan didengar sekadar di negara kita malah melangkaui sempadan sehingga ke negara Timur Tengah dan Eropah. Begitulah hebatnya resume mentor tersebut yang pastinya akan menurunkan ilmunya kepada protegenya kelak.
Sama-sama kita nantikan siapakah penyanyi bergelar jutawan itu yang bakal membuat “come-back” menerusi program realiti Mentor musim ke 5. Tunggu !
/- GUA |
|
|
|
|
|
|
|
perghhhh... apsl aku tak tahu neh |
|
|
|
|
|
|
|
Sharifah Aini sertai Mentor musim kelima
PETALING JAYA 10 Dis. - Berbekalkan pengalaman lebih 40 tahun sebagai penghibur telah melayakkan Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dipilih menyertai program realiti, Mentor musim kelima (Mentor 5).
Selain Sharifah Aini, lima artis terkenal negara yang turut terpilih sebagai mentor dalam rancangan terbitan TV3 itu ialah Erra Fazira, Afdlin Shauki, Rahim Maarof, Edry Abdul Halim dan vokalis kumpulan Hujan, Noh.
Pengumuman kesemua mentor tersebut diumumkan dalam satu sidang akhbar yang berlangsung di Sri Pentas, di sini, hari ini.
"Sebelum membuat keputusan muktamad memilih enam mentor ini, kami telah membuat saringan terlebih dahulu dengan menyenaraikan 10 hingga 15 calon yang sesuai.
"Menerusi beberapa perbincangan yang dilakukan, kami sepakat untuk memilih enam calon ini berdasarkan kelebihan dan pengalaman yang ada dalam diri mereka.
"Kami optimis dengan enam orang mentor ini yang mampu memberikan impak untuk musim ini," jelas Penerbit Mentor 5, Muhamad Sufian Isa.
Kesemua mentor yang terpilih hadir pada sidang akhbar itu kecuali Sharifah Aini yang kini berada di Mekah.
Walau bagaimanapun, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Hapuslah Airmatamu itu sempat memberikan sepatah dua kata menerusi rakaman video.
"Insya-Allah, saya akan menggunakan pengalaman 42 tahun dalam industri untuk membantu bakal protege saya," katanya dalam rakaman tersebut.
Uji bakat Mentor 5 akan bermula di Sabah pada 18 dan 19 Disember ini manakala 1 dan 2 Januari 2011 akan diadakan di Sarawak.
Sementara itu, uji bakat di Semenanjung Malaysia pula akan berlangsung selama empat minggu berturut-turut bermula 15 Januari di Sri Pentas, TV3. |
|
|
|
|
|
|
|
Enam Artis Popuar Dipilih Menjadi Mentor
Oleh KEMALIA OTHMAN
Erra Fazira antara yang bakal menyertai program Mentor muzim ke-5 ini
PETALING JAYA: Enam selebriti popular tanah air akan memikul tanggungjawab sebagai mentor dalam program realiti Mentor musim ke-5.
Mereka terdiri daripada Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira yang akan bersaing dalam pencarian melahirkan seorang lagi juara Mentor pada musim ini.
Menurut Penerbit Eksekutif Mentor 5, Muhamad Sufian Isa, keenam-enam artis yang dipilih adalah mengikut genre yang tersendiri.
“Kami telah menyenaraikan 15 nama artis sebagai calon mentor, tapi hanya enam orang sahaja paling sesuai dalam mewakili genre muzik masing-masing. Malah mereka yang berani menyahut cabaran ini.
“Kami percaya enam mentor ini mampu melahirkan protoge yang lebih gemilang pada tahun hadapan,” katanya.
Dalam pada itu, Sufian memberitahu format rancangan dan pemarkahan masih dikekalkan seperti tahun-tahun lalu.
“Tiada sebarang pembaharuan kepada format rancangan ini. kekuatan Mentor adalah pada mentor-mentor itu sendiri dan bagaimana mereka menyusun strategi untuk mendidik protege mereka,” katanya.
Tambahnya, tekanan lebih terasa kerana jangkaan penonton untuk musim ini lebih tinggi berbanding musim-musim sebelumnya.
“Peningkatan jumlah penonton setiap musim juga menjadi tekanan kepada produksi untuk buat yang terbaik," katanya.
Sementara itu, Erra Fazira menyifatkan pertandingan ini sebagai peluang terbaik kepadanya untuk mencurahkan pengalaman sebagai anak seni.
“Ini masa yang sesuai untuk saya menurunkan ilmu kepada orang yang layak bergelar anak seni. Saya tidak mencari penyanyi tetapi mencari penghibur yang serba boleh,” katanya.
Afdlin pula mahukan seorang protege yang mampu memberikan sedikit unsur humor dan serba boleh di atas pentas.
“Seperti Erra juga, saya mahu seorang yang versatile tidak hanya mengutamakan vokal tetapi kepada personaliti sebagai bintang,” katanya.
Selain itu, Edriy memberitahu pencariannya lebih menekankan kepada anak muda mengikut genre pop.
“Saya mahu mencari seseorang yang mempunyai pakej sebagai persona bintang,” ujarnya.
Bagi Noh (Hujan), biarpun baru setahun jagung dalam dunia seni berbanding mentor lain, dia tetap akan memberikan yang terbaik.
“Saya akui agak gementar untuk bersaing dengan barisan mentor yang lain. Namun saya akan buat yang terbaik dan mewakili kaum muda dan aliran muzik berbeza,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sharifah aini tuh pun nak gak jadi mentor?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# eddlisa_uyuk
satu kelainan..
tak sabar nak nantikan...
hehheheh
nantikan DRAMAAAAAAAA......! |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi yang berminat untuk menyertai Mentor 5, anda boleh menghadiri uji bakat di lokasi seperti yang telah ditetapkan.
18-19 Disember 2010 - Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah.
1& 2 Jan 2011 - Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
15 Jan 2011 - TV3 Sri Pentas/Afdlin Shauki
16 Jan 2011 - TV3 Sri Pentas/Erra Fazira
22 Jan 2011 - TV3 Sri Pentas/Noh Hujan
23 Jan 2011 - TV3 Sri Pentas/Edry Abd Halim
29 Jan 2011 - TV3 Sri Pentas/Rahim Maarof
30 Jan 2011 - TV3 Sri Pentas/Dato' Sharifah Aini |
|
|
|
|
|
|
|
suka suki jahh dia tulis dato' tuk seripah aini
helo..orang tu pangkat datuk laa
bukan cikai2 yang kasi dia title
agong |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# Syd
hahahhahha, confirm nyerr.......
suka laaaa EF |
|
|
|
|
|
|
|
Musim baru lebih mencabar
Oleh Rozdan Mazalan
[email protected]
2011/01/04
Setiap mentor sudah menetapkan kriteria calon protege masing-masing
MASIH mengekalkan konsep dan pemarkahan yang sama, namun uniknya program realiti Mentor terbitan TV3 yang kini memasuki musim kelima diserlahkan dengan kehadiran enam anak seni yang berkaliber.
Enam mereka yang dilantik sebagai mentor lahir dari latar belakang yang berbeza dan pemilihannya mewakili pelbagai aspek dalam industri seni kita.
Tanggungjawab yang dipikul Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira bertujuan menggilap bintang baru dalam industri namun menafikan mengikut acuan mereka.
Penerbit Eksekutif Mentor 5, Muhamad Sufian Isa berkata, format rancangan dan pemarkahan masih dikekalkan seperti musim terdahulu apabila 50 peratus markah daripada juri profesional, 30 peratus (juri awam di studio) dan 20 peratus lagi undian SMS.
“Kita masih mengekalkan format asal dan tiada sebarang pembaharuan dilakukan pada program ini memandangkan kekuatan Mentor adalah pada mentor berkenaan. Ia merangkumi teknik mereka menyusun strategi untuk mendidik protege masing-masing.
“Kami mengambil masa hampir dua bulan untuk perbincangan memilih mentor yang sesuai. Pada mulanya ada 15 nama artis yang disenaraikan untuk calon mentor dan hanya enam dipilih untuk musim ini.
“Semua mentor ini mewakili genre tersendiri dan apa yang diharapkan mereka mampu melahirkan protege lebih gemilang. Malah, juri profesional tetap turut diperkenalkan selain sistem pemarkahan secara juri awam dan sistem pesanan ringkas (SMS).
“Tidak dinafikan, apabila masuk musim kelima semestinya tahap kepayahan sangat tinggi untuk mengekalkan momentum program ini. Bagaimana, kami di barisan tenaga produksi sentiasa bersedia menyahut apa saja dugaan yang datang,” katanya.
Bagi yang tak dapat hadir pada sesi uji bakat, peserta boleh menghantar demo nyanyian di www.tv3.com.my/mentor5. Tarikh tutup penghantaran sebelum 10 Januari 2011.
Apakah kriteria atau calon protege yang dicari oleh mereka?
Mesti ada kesungguhan
PENYANYI dan pelakon, Erra Fazira berkata, pembabitannya di dalam program ini semata untuk menggilap bakat baru yang boleh mewarisi zaman akan datang.
“Saya bukan hanya mahu mencari penyanyi, tetapi berusaha mencungkil bakat penghibur yang serba boleh. Bagi saya, mereka yang terpilih harus mempunyai kesungguhan. Secara peribadi, saya melihat program ini sebagai peluang terbaik untuk mencurahkan pengalaman selama 17 tahun sebagai anak seni. Sudah tiba masanya berkongsi pengalaman ini kepada protege yang ada bakat, disiplin dan minat,” katanya.
Ada gaya dan serba boleh
PELAKON, pengarah, penyanyi dan pelawak Afdlin Shauki, dia mahu mencari calon boleh bakatnya boleh digilap dengan baik selain lebih bergaya dengan pelbagai elemen seni dalam diri mereka.
“Saya mencari seorang protege yang ‘versatile’, bukan saja boleh menyanyi tetapi mampu mengawal diri di atas pentas. Lebih menarik jika mereka pandai berlawak kerana dalam situasi apa pun dia mampu menghiburkan penonton.
“Saya tidak memberi tumpuan kepada vokal semata-mata, tetapi menilai personaliti protege itu sebagai bintang. Industri hiburan kini adalah satu persaingan dan jangan sesekali menganggap ia sekadar untuk suka-suka saja,” katanya.
Miliki pesona bintang
PENYANYI, komposer dan pengarah filem, Edry Abd Halim berkata, pakej yang diinginkan adalah memiliki pesona bintang yang boleh diketengahkan.
“Secara realitinya saya melihat kita masih kekurangan penyanyi yang berkebolehan membawa genre muzik pop dan inilah yang saya impikan kepada mereka yang akan hadir dalam sesi uji bakat bersama saya nanti.
“Sedaya upayanya saya akan dapatkan juga biarpun pada sesi uji bakat nanti kita tidak ditemukan, saya akan mencari inisiatif lain untuk mencari mereka yang saya impikan,” katanya.
Sesuai dengan muzik rock
PENYANYI lagu Cinta Kristal, Rahim Maarof berbangga biarpun kini jarang muncul di khalayak, namun industri masih menghargai bakat semula jadinya.
“Saya gembira kerana rezeki masih ada dalam bidang seni ini. Selepas sekian lama menjadi anak seni, kini saya sudah bersedia berkongsi pengalaman yang dikumpul dengan pelapis generasi baru. Namun, semestinya genre muzik saya adalah rock.
“Apapun, ingin saya maklum dan ingatkan bukan mudah untuk menjadi penyanyi. Malah, untuk saya berada di tahap ini sekarang, pelbagai suka, duka, rintangan dan cabaran dilalui. Oleh itu, protege yang berminat harus serius dan bersungguh-sungguh,” katanya.
Berkeyakinan tinggi
NOH pula secara ikhlas berkata, dirinya masih muda untuk bergelar mentor, namun akur dengan kebolehan dirinya yang mampu menarik lebih ramai generasi muda untuk menanam impian yang tinggi.
“Biarpun, pengalaman saya masih boleh dianggap baru dalam seni, saya tetap memberikan yang terbaik. Saya akan berusaha menggilap bakat protege dibimbing sebaik mungkin mengikut kemampuan. Saya tak nafikan agak gementar untuk bersaing dengan barisan mentor musim ini kerana sedar tahap dan kehebatan mereka dalam bidang masing-masing.
“Namun, saya tetap yakin dengan keupayaan diri sekalipun masih muda,” katanya.
Info Tarikh Uji Bakat Mentor
Afdlin Shauki
Tarikh Uji bakat: 15 Januari 2011
Erra Fazira
Tarikh Uji Bakat: 16 Januari 2011
Noh (Hujan)
Tarikh Uji Bakat: 22 Januari 2011
Edry Abd Halim
Tarikh Uji Bakat: 23 Januari 2010
Rahim Maarof
Tarikh Uji Bakat: 29 Januari 2011
Datuk Sharifah Aini
Tarikh Uji Bakat: 30 Januari 2011
Semua uji bakat diadakan di Sri Pentas, TV3, Bandar Utama, Damansara |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tengok sharifah aini |
|
|
|
|
|
|
|
malam tadi
mentor...ada tengok tak?
adehhh...jenuh ku bantai gelak
tak agak2 dorang nehh
yang peminat afdlin dari gombak tuh pung....
hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk syd...mmg kelako...cam raja lawak pulak gayanya..aku suka bab aflin |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# superbike
banyak wat dosa malam tadi time tengok
ku nyumpah orang yang datang uji bakat..
tapi suara mcm haremm...
dorang tak ukur diri sendiri kah?
nama mentor pung ramai tak tahu...
hahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|