|
Pemain negara (depan) diasak pemain Bangladesh pada aksi peringkat Kumpulan B Kejohanan Hoki Piala Asia di Jakarta sebentar tadi. - FB MHC
KUALA LUMPUR: Seperti diramal, Malaysia mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan B Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 selepas berpesta gol menewaskan Bangladesh 8-1 dalam aksi terakhir di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi.
Skuad negara sebelum ini sudah pun mengesahkan tiket ke saingan Super 4 selepas merekodkan dua kemenangan awal dengan menewaskan Oman 7-0 dan Korea Selatan 5-4.
Korea mengiringi skuad bimbingan Arul Selvaraj ke kelompok empat terbaik apabila muncul naib juara kumpulan hasil kemenangan ke atas Bangladesh dan Oman.
Terdahulu, aksi bertemu Bangladesh menyaksikan Muhammad Razie Abd Rahim dan Faizal Saari masing-masing meledak hatrik bagi membantu kemenangan skuad negara.
Razie menjaringkan gol pada minit keempat, 14, dan 30 manakala Faizal melakukan minit ke-24, 31 da 46.
Dua lagi gol skuad negara dijaringkan Muhammad Najmi Farizal Jazlan minit ke-41 dan Mohamad Ashran Hamsani (60).
Bangladesh meraih gol sagu hati menerusi jaringan Ashraful Islam minit ke-21.
Sebagai rekod, sejak kejohanan diperkenalkan pada 1982, Malaysia belum pernah muncul juara dengan pencapaian terbaik adalah naib juara pada 2017 yang juga edisi terakhir kejohanan itu apabila tewas 1-2 kepada India di Dhaka, Bangladesh.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ia-ratah-bangladesh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|