View: 716|Reply: 0
|
Skuad hoki negara terlepas benam Korea
[Copy link]
|
|
ANTARA aksi Malaysia bertemu Korea, hari ini. FOTO MHC
Kuala Lumpur: Skuad hoki negara memulakan saingan Super 4 Piala Asia 2022 dengan berjaya mengikat Korea Selatan 2-2 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.
Pemain tengah negara, Mohamad Ashran Hamsani berjaya muncul sebagai penyelamat dengan meledak jaringan padang pada minit ke-40 dalam aksi yang berlangsung sengit di kedua-dua separuh masa permainan.
Skuad bimbingan Arul Selvaraj ini yang sudah melayakkan diri ke Piala Dunia 2023 mendahului seawal minit keempat melalui pukulan sudut penalti pemain berpengalaman, Razie Rahim.
Bagaimanapun, Korea Selatan yang tumpas kepada Malaysia 4-5 di peringkat kumpulan bangkit menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti, Lee Namyong pada minit ke-12.
Korea Selatan yang dibimbing, Shib Seok Kyo mendahului Malaysia buat kali pertama hasil jaringan padang Jeong Junwoo pada minit ke-21 sebelum Ashran berjaya mengikat kedudukan 2-2 19 minit kemudian.
"Saya sangat berpuas hati dengan tenaga dan semangat yang dipamerkan pemain tapi tidak dari segi keputusan kerana kita berhak untuk mencatatkan keputusan lebih baik.
"Saya gembira dengan cara pemain keluar terutama untuk posisi di atas padang dan kawalan bola," kata Arul yang akan mempersiapkan pasukannya menentang India esok dalam saingan yang dijalankan secara liga sepusingan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erlepas-benam-korea |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|