CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 764|Reply: 0

Kayuhan emas Nurul Izzah

[Copy link]
Post time 29-5-2022 03:54 PM | Show all posts |Read mode

Nurul Izzah (tengah) meraikan kejayaannya di podium.

NILAI: Bintang muda, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mula menunjukkan 'taringnya' selepas meraih pencapaian terbesar dalam kerjayanya apabila memenangi pingat emas acara pecut individu wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional di sini, semalam.

Pelumba dari Kedah itu mengatasi pelumba skuad elit negara, Anis Amira Rosdi (Perlis) apabila memenangi perlumbaan satu dan dua pada aksi final.

Pelumba Selangor, Yong Ann Yii meraih gangsa selepas menewaskan Nurul Aliana Syafika dari Pulau Pinang dalam aksi penentuan tempat ketiga.

Izzah, 19, yang diserapkan dalam skuad pelapis trek kebangsaan awal tahun ini mengakui ia adalah kejayaan terbesar dalam kerjayanya setakat ini dan ia memberikan motivasi buat dirinya untuk bekerja keras dan berkayuh lebih laju.


"Pada mulanya saya berasa gementar kerana Anis turut berada dalam skuad negara dan lebih berusia daripada saya. Dia juga lebih pantas berbanding saya di pusingan kelayakan.

"Saya tidak jangka memenangi emas kerana sasaran saya adalah untuk melakukan yang terbaik," kata pelumba dari Sungai Petani itu.

Izzah menambah dia kini akan memberikan fokus sepenuhnya dalam acara trek selepas turut beraksi dalam beberapa acara lain sebelum ini.

"Saya mula berbasikal sejak usia 11 tahun dan sebelum ini saya mewakili Kedah dalam acara lebuh raya, trek dan basikal bukit di SUKMA (Sukan Malaysia).

"Namun, apabila saya kini sudah bersama skuad pelapis trek negara, saya akan fokus sepenuhnya dalam acara ini. Ia adalah lebih mudah kerana saya tidak perlu mengubah program latihan saya," katanya turut memberitahu acara kegemarannya adalah 500 meter ujian masa.

Sementara itu, dalam saingan lelaki, pelumba sensasi negara, Shah Firdaus Sahrom yang membawa cabaran Johor menepati ramalan apabila memenangi emas selepas menewaskan rakan sepasukan dalam skuad elit negara, Fadhil Zoni (Selangor) 2-0 dalam aksi final.

Adiknya, Ridwan Sahrom meraih gangsa apabila mengatasi Ahmad Safwan Ahmad Nazeri dari Perak 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga.
https://www.bharian.com.my/sukan ... an-emas-nurul-izzah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.369315 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list