CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 624|Reply: 0

Anak Shah Rukh Khan TIDAK bersalah...

 Close [Copy link]
Post time 30-5-2022 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Semua pertuduhan terhadap Aryan Khan digugurkan



ARYAN Khan. FOTO fail AFP


Mumbai: Agensi antidadah persekutuan India sudah menggugurkan semua pertuduhan terhadap Aryan Khan, anak kepada pelakon Bollywood terkemuka, Shah Rukh Khan.

Kes dadah di sebuah kapal persiaran di Mumbai itu menjadi kes berprofil tinggi yang menggemparkan negara.

Oktober lalu, Aryan, 24, ditangkap dan ditahan selama 26 hari kerana didakwa berpesta dengan dadah di sebuah kapal pesiaran.

Portal Independent melaporkan, agensi dadah persekutuan India Biro Kawalan Narkotik (NCB) pada mulanya mendakwa 14 orang dalam kes itu.

Tetapi kemudian menggugurkan nama enam orang, termasuk Aryan, pada Jumaat, dengan memetik sebabnya adalah 'kekurangan bukti yang mencukupi' kerana siasatan selama berbulan-bulan tidak menghasilkan bukti salah laku.

Peguam kanan, Mukul Rohatgi yang mewakili Aryan berkata, Shah Rukh Khan merasakan sangat lega.

"Saya turut lega dan begitu juga pelanggan saya, termasuk Shah Rukh Khan. Akhirnya, kemenangan memihak kepada kebenaran menang," katanya kepada NDTV India.

Kes dadah berkenaan menimbulkan gempar dalam industri hiburan apabila seorang anak bintang terbesar Bollywood ditangkap di sebuah kapal layar tahun lalu.

Pendakwaan asal pada mulanya, Aryan mempunyai pembabitan dalam penggunaan, penjualan dan pembelian bahan terlarang.

Pegawai NCB menahan Aryan dan tujuh yang lain selepas menyamar sebagai pelanggan dan menyerbu sebuah parti di atas kapal layar.

Sekurang-kurangnya 13 gram kokain, lima gram mephedrone (MD), 21 gram ganja, 22 pil ekstasi dan wang tunai bernilai 133,000 rupee (kira-kira RM7,496) ditemukan daripada lapan orang yang ditahan pihak berkuasa.

Pegawai narkotik mendakwa Aryan dikaitkan dengan kartel dadah antarabangsa dan berusaha untuk menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut.

NCB juga mencungkil perbualan lama Aryan dan mengambil telefonnya sebagai sebahagian daripada siasatan tahun lalu.

Peguam Aryan memberitahu mahkamah bahawa tiada dadah ditemukan daripada anak lelaki superstar Bollywood itu, kerana dia hanya pergi ke pesta pelayaran selepas menerima jemputan.

Mereka juga berhujah bahawa Aryan dijadikan 'kambing hitam' dan begnya digeledah tetapi tiada apa yang ditemukan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... yan-khan-digugurkan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 1.562856 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list