CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 0

Arul cabar Malaysian Tigers lakar sejarah

[Copy link]
Post time 1-6-2022 01:17 PM | Show all posts |Read mode

Arul (bertopi) memberi kata-kata semangat kepada pemainnya sebelum turun menentang Jepun pada aksi terakhir Super 4 Piala Asia semalam.

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Arul Selvaraj melontarkan cabaran kepada barisan pemainnya untuk berjuang habis-habisan bagi mencipta sejarah merangkul trofi Piala Asia buat kali pertama di Jakarta, Indonesia, malam ini.

Skuad negara akan turun menentang Korea Selatan pada aksi final yang dijadual berlangsung pada jam 7.30 malam waktu Malaysia di Stadium Hoki Gelora Bung Karno.

"Bagi saya, pasukan mana yang mempunyai keinginan tinggi akan menang. Apabila anda sudah berada di tahap ini (beraksi di final), kemahiran sudah tidak penting kerana apa yang paling penting adalah usaha untuk memenangi perlawanan.

"Hanya tinggal satu lagi perlawanan, saya mahu anda semua berikan segala-galanya. Ayuh kita cipta sejarah, biar selepas ini semua orang bercakap mengenai pasukan ini.


"Mari kita letakkan satu standard untuk semua sukan di negara ini (Malaysia). "Apabila orang bercakap mengenai pasukan hoki, mereka bercakap mengenai sikap, kesungguhan, kepercayaan dan mentaliti kemenangan yang ada dalam pasukan ini," kata Arul dalam rakaman video yang disiarkan di Facebook rasmi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) ketika taklimat pasukan, malam tadi.

Kemenangan 5-0 ke atas Jepun dalam aksi terakhir saingan 'Super 4', petang semalam membolehkan Malaysia layak beraksi di pentas final selaku juara manakala Korea yang seri dengan India 4-4 muncul naib juara berdasarkan perbezaan jaringan.

"Perlawanan dengan keputusan 5-0 sudah berakhir, sudah menjadi sejarah. Esok (malam ini) hari baharu, jadi kami mahu menamatkan saingan dengan kegembiraan," kata Arul.

Sebagai rekod, sejak Piala Asia diperkenalkan pada 1982, Malaysia belum pernah muncul juara dengan pencapaian terbaik adalah naib juara pada 2017 yang juga edisi terakhir kejohanan itu apabila tewas 1-2 kepada India di Dhaka, Bangladesh.

Malaysia sebelum ini sudah mengesahkan tiket automatik ke Piala Dunia 2023 selepas India yang menjadi tuan rumah tahun depan turut berada dalam kelompok empat terbaik.
https://www.bharian.com.my/sukan ... igers-lakar-sejarah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.119653 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list