View: 1472|Reply: 12
|
Jada seru suami Will Smith berbaik semula dengan Chris Rock
[Copy link]
|
|
henry jackson foundation
Jada berharap suaminya, Smith (kiri) boleh berdamai dengan Rock, dan melupakan insiden tersebut. - Instagram: @willsmith & @chrisrock
SELEPAS hampir tiga bulan Anugerah Akademi (Oscar) ke-94 dicemari insiden lempang, pelakon dan penyanyi Hollywood, Jada Pinkett-Smith akhirnya 'bersuara' mengenai tindakan suaminya, Will Smith terhadap Chris Rock.
Menerusi rancangan bual bicara Red Table Talk, aktres filem Madagascar 3: Europe's Most Wanted itu berharap suaminya, Smith boleh berdamai dengan pelawak terkenal itu, dan melupakan insiden tersebut.
"Harapan saya yang paling dalam ialah dua lelaki yang bijak dan berkebolehan ini mempunyai peluang untuk berbaik, berbincang, serta berdamai," katanya dalam program tersebut pada Rabu.
Jada menambah: "Situasi dunia hari ini, kita memerlukan mereka berdua, dan kita semua sebenarnya memerlukan satu sama lain lebih daripada sebelumnya.
"Sehingga itu, saya dan Smith akan terus melakukan apa yang telah kami lakukan selama 28 tahun yang lalu, dan meneruskan kehidupan bersama. Terima kasih kerana mendengar."
Dalam acara Oscar 2022 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Mac lalu, Smith yang memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Terbaik hasil lakonan dalam filem King Richard secara tiba-tiba naik ke pentas dan bertindak menampar Chris.
Insiden yang ditonton seluruh dunia itu berlaku gara-gara Smith berang apabila Chris mempersenda Jada yang berimej botak.
Dalam insiden tersebut, Chris bergurau dengan mengatakan Jada, yang mengalami alopecia mungkin "berhasrat untuk menyertai G.I. Jane 2."
Difahamkan, Jada menghidap alopecia sejak 2018. Alopecia adalah penyakit autoimun yang menyebabkan folikel rambut seseorang rosak dan mengakibatkan keguguran rambut pada tahap sangat teruk.
Sementara itu, dalam program sama, Jada, 50, turut mengundang seorang wanita yang kematian anak pada usia 12 tahun akibat bunuh diri selepas dibuli kerana menghidap alopecia.
henry jackson foundation
"Ini amat penting untuk Red Table Talk mengupas isu alopecia.
"Dengan apa yang saya lalui dan insiden di Oscar, ribuan telah berhubung dengan saya mengenai kisah-kisah mereka.
"Saya menggunakan saat ini untuk memberi peluang kepada keluarga alopecia bercakap tentang keadaan penyakit ini, dan memberitahu orang ramai mengenai apa sebenarnya alopecia," ujarnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pompuan anjing.. lepas ko lagakan diorg, ko acah2 suci pulak.. go to hellfire.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wayang dah habis eloklah tunjuk dah berbaik semula |
|
|
|
|
|
|
|
Will smith is the ultimate cuck. Titik |
|
|
|
|
|
|
|
ngadalah kau..kalau kau tak buat rolling eyes ritu takde la will nak ngamuk2...elok dilagakan je kepala mereka bertiga.. |
|
|
|
|
|
|
|
ngadalah kau..kalau kau tak buat rolling eyes ritu takde la will nak ngamuk2...elok dilagakan je kepala mereka bertiga.. |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene replied at 2-6-2022 04:29 PM
pompuan anjing.. lepas ko lagakan diorg, ko acah2 suci pulak.. go to hellfire..
Si pendek nih elok buat pesatuan dgn amber turd
Bini retis holiwud yg weng |
|
|
|
|
|
|
|
jada ni lepas kejadian lempang takde defend pun will smith. sia2 je will kena sindir & dijadikan meme merata |
|
|
|
|
|
|
|
Lewat sangat seruannya. Sekadar ingin memanjang-manjangkan isu yang dah lapuk barangkali?
Memang benar agaknya dakwaan sesetengah pihak yang Jada ini seorang narsisis. |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 2-6-2022 05:22 PM
jada ni lepas kejadian lempang takde defend pun will smith. sia2 je will kena sindir & dijadikan mem ...
Hri tu ada leaked video psl Jada keep on filming Will kat rumah dorg wlaupun Will x rela, Will mcm nk nngis je dlm video tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jada botak ni yg dominan kan dlm famili..smua d kontrol..elok la kalau brcerai dgn will smith..aman2 hidup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanjing la jadah ni. Dari muda sampai ke tua melekat perangai pick me girl tu |
|
|
|
|
|
|
|
Lol awat sebab penonton dah hilang minat dengan WS lepas kejadian lempang CR....tanpa WS org who are you kan ja akak Jada ni....sebab pernah berdampingan dengan Tupac, dan dia bini WS ja org kenal....dan jugak sebab karakter badak air nama Gloria tu hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|