CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1186|Reply: 1

Bekas suami buat kecoh di majlis perkahwinan Britney Spears

[Copy link]
Post time 10-6-2022 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Bekas suami buat kecoh di majlis perkahwinan Britney Spears


Bekas suami Britney, Jason Alexander (terbaring) ketika ditahan polis.

Los Angeles: Polis menahan bekas suami Britney Spears iaitu Jason Alexander selepas membuat kecoh di majlis perkahwinan penyanyi terbabit dengan ahli perniagaan, Sam Asghari yang berlangsung di kediamannya, di sini, hari ini.

Alexander yang juga suami pertama Spears dilaporkan menceroboh dan memasuki rumahnya ketika upacara sedang berlangsung.

Insiden berkenaan yang turut disiarkan secara maya membuatkan ramai peminat terkejut dan bimbang.

Dalam kejadian itu, Alexander dilihat turut bertengkar dengan kakitangan bertugas di majlis itu yang memintanya beredar.

Pihak polis yang dihubungi dan berkejar ke lokasi itu berjaya menahan Alexander sebelum dia menjadikan situasi lebih teruk.

Menerusi foto tersebar, Alexander dilihat turut terbaring sewaktu ditahan.

Peguam Spears, Mathew Rosengart berkata, pihaknya akan memastikan Alexander dijatuhkan hukuman setimpal disebabkan insiden terbabit.

"Saya ingin berterima kasih kepada pihak polis yang bertindak pantas dan melakukan kerja sebaiknya. Saya bekerjasama dengan pihak berkuasa memastikan dia akan didakwa mengikut undang-undang," katanya.

Spears dan Asghari melangsungkan perkahwinan hari ini secara tertutup dengan dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan rakan terdekat.

Hanya abangnya, Bryan Spears yang mendapat jemputan ke majlis berkenaan, manakala ibu bapa dan adiknya, Jamie Spears tidak diundang berikutan kemelut yang tercetus dalam hubungan mereka.

Ini adalah perkahwinan ketiga penyanyi terbabit.

Terdahulu, Spears dan Asghari bertunang sebelum mengumumkan dia hamil pada April lalu.

Perkahwinan keduanya adalah bersama Kevin Federline pada 2004. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Preston, 16, dan Jayden James, 15.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... inan-britney-spears

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 01:33 PM | Show all posts
You Reap What You Sow.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.118659 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list