View: 1508|Reply: 3
|
Selepas Kalah Kes Mahkamah, Amber Heard Rasa Dimalukan Peminat Johnny Depp
[Copy link]
|
|
“Saya Tak Dilayan Seperti Manusia” – Selepas Kalah Kes Mahkamah, Amber Heard Rasa Dimalukan Peminat Johnny Depp
Pelakon terkenal, Amber Heard buat pertama kalinya bercakap mengenai kekalahan terhadap saman fitnah dari bekas suami yang juga merupakan aktor yang terkenal dengan filem Pirates of The Carribean, baru baru ini.
Memetik laporan dari Gempak, Heard yang ditemual secara eksklusif oleh Savannah Guthrie menerusi NBC News mengakui bahawa dia terasa dirinya itu tidak dilayan seperti seorang manusia serta berasakan dirinya dimalukan oleh peminat Depp ketika perbicaraan kes mereka berlangsung.
Pelakon yang popular dengan filem Aquaman itu mendakwa peminat tegar Depp yang begitu bertenaga memenuhi bilik mahkamah perbicaraan mereka dengan membawa sepanduk ‘Kematian Untuk Amber’.
Ini adalah momen paling buruk dan memalukan pernah saya lalui.
Saya tidak pernah berasa seperti ‘”dibuang dari status menjadi manusia’. Saya tak dilayan seperti manusia selayaknya.
Dalam temubual yang sama juga, Heard menegaskan bahawa dirinya tidak akan pernah mengalah dan akan terus bertahan demi memperjuangkan kebenaran meskipun dia dibuli dan mendapat kecaman yang teruk melalui pelbagai platfrom di media sosial.
Amber turut menyatakan bahawa pengakuan serta dakwaan bahawa dia telah didera oleh bekas suaminya, Johnny adalah benar.
Tanpa sedikit pun berganjak dengan dakwaan dirinya telah dikasari dan didera secara mental juga fizikal oleh Depp sepanjang perkahwinan, Heard mengaku semua yang dikatakan adalah benar.
Sehingga nafas terakhir, saya akan mempertahankan setiap dakwaan dan testimoni saya (didera).
Dia walaubagaimanapun mengaku menyesal kerana pernah melakukan perkara yang tidak sepatutnya sepanjang bersama dengan Johnny.
Sikap saya teruk dan hampir tidak mengenali diri sendiri. Saya mempunyai banyak penyesalan.
Untuk info, mahkamah telah mengarahkan Heard untuk membayar ganti rugi sebanyak AS$ 15 juta (kira-kira RM65 juta) kepada Johnnhy Depp selepas Amber kalah dalam saman fitnah selepas aktres tersebut mengeluarkan kenyataan dirinya mengalami penderaan di Washington Post pada 2018.
Kredit: Gempak
Sumber:https://ohmedia.my/ohartis/saya- ... eminat-johnny-depp/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Iolls tak rasa bagi kesan kt career sheolls pon wpon kalah kes saman tu. Buktinya NBC kutip sheolls siap buat exclusive interview lagi, abuser or not, diampunkan oleh media sana sbb pomfuannn. Kalau jantan yg abuser, sampai kiamat kena boikot |
|
|
|
|
|
|
|
I'm not on anyone's side, but I will wait until the end, no matter whose fault it is, word hurdle that person will have to pay for his mistakes. |
|
|
|
|
|
|
|
Amber Heard is a disgusting person. |
|
|
|
|
|
|
| |
|