CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1011|Reply: 2

Netizen terkejut Bella, Gigi Hadid tampil dengan gaya rambut separa botak

[Copy link]
Post time 30-6-2022 08:09 PM | Show all posts |Read mode

Penampilan Gigi (kiri) dan Bella (kanan) yang mempamerkan gaya rambut separuh botak dan kening yang dilunturkan. - Getty Images

Netizen terkejut Bella, Gigi Hadid tampil dengan gaya rambut separa botak

BANDAR RAYA NEW YORK – Adik-beradik supermodel Gigi dan Bella Hadid membuat penampilan mengejutkan di pentas peragaan koleksi musim luruh Marc Jacobs apabila tampil dengan bulu mata yang dilunturkan, rambut hadapan gaya ‘bang’ dan kepala separa botak.

Transformasi dramatik mereka kemudian didedahkan sebagai hasil kerja artis seni prostetik yang mengubah penampilan kedua-dua wanita itu  dengan bantuan topi botak, rambut palsu dan alat solek, lapor stesen penyiaran CNN.

Gigi menyarung baju sejuk merah jambu yang besar dan skirt kelabu,  manakala Bella memakai gaun vinil hitam dengan sarung tangan opera.

Pasangan adik-beradik Hadid adalah antara sebilangan model yang tampil di pentas peragaan  dengan gaya rambut dramatik termasuk memakai rambut palsu ikatan ‘ponytail’ zaman angkasa.

Bella turut berkongsi rakaman solekan belakang pentas bagi menghasilkan penampilan estatiknya.

Imej itu mencetuskan reaksi bercampur-campur dan kebimbangan netizen  yang pada mulanya percaya mereka mencukur kepalanya secara nyata. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... ambut-separa-botak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 08:17 PM | Show all posts
gaya model nie x dpt turunkan harga ayam esok ok....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 08:31 AM | Show all posts
For fashion, the models must try every hair style including bald also.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.444257 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list