CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19349|Reply: 62

PENGANTIN UNTUK DIJUAL [ASTRO PRIMA - ISNIN-KHAMIS JAM 8 PM]

[Copy link]
Post time 23-9-2010 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 24-9-2010 01:11

SEBUAH kedai bunga di Jalan Riong, Bangsar berubah menjadi sibuk. Kelihatan kabel pelbagai warna dan saiz berselirat atas lantai kerana penggunaan lampu dan kamera. Beberapa pengunjung kelihatan seperti ingin tahu, meninjau apa yang berlaku di laluan masuk kedai itu apabila Firdaus (lakonan Aqasha) memperkenalkan dirinya kepada Indah Amilea (lakonan Rita Rudaini). Sebelum itu, Firdaus pernah mengekori Indah memasuki kedai bunga miliknya, Indah Florist. Kunjungan kali kedua kerana mahu memperkenalkan dirinya kepada Indah. Secara kebetulan, dia dan rakannya Betty (Betty Rahmat) menguruskan penghantaran bunga kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur. Dia datang ke Indah Florist dengan harapan Indah akan mengenali dirinya lebih lanjut. Bagaimanapun, Indah terkejut kerana Firdaus bermurah hati sudi membantunya.
Sikap dingin dipamerkan Indah pada pertemuan pertama langsung tidak mematahkan semangat Firdaus, anak jutawan, Datuk Farouk (Rahim Jelani). Malah, dia pernah menghadiahkan 100 kuntum bunga kepada Indah pada pertemuan mereka di kedai bunga berkenaan sebelum ini. Firdaus tetap berusaha keras cuba memenangi hati Indah, anak kedua daripada tiga beradik. Dia terdesak mencari seorang kekasih dan mahu merasai pengalaman jatuh cinta.
Pada masa sama, ibu Indah, Izzatie (Rosnah Johari) dan kakak sulung, Kaseh Ameira (Sabrina Ali) berikhtiar menjodohkan Indah dengan beberapa jutawan di sekitar Lembah Klang. Mereka mencari jalan menyelesaikan beban hutang dihadapi keluarga mereka.
Disebabkan tunggakan hutang bernilai jutaan ringgit dengan bank, mereka berasakan penyelesaian adalah mengahwinkan Indah dengan anak orang berada. Pada masa sama, Indah tidak mementingkan kebendaan dan suka merendah diri, mempunyai teman lelaki Iskandar (Shaz Jazlee) iaitu seorang pengendali gimnasium yang sekadar mahu mempermainkan perasaan Indah.
Kaseh pula mendesaknya meninggalkan Iskandar kerana mahu menjodohkannya dengan Datuk Farouk yang sudah beristeri dua. Keadaan itu menyebabkan Indah menggesa Iskandar supaya kahwin lari kerana tidak mahu tunduk kepada desakan ibunya.
Babak itu adalah antara babak romantik dalam drama bersiri 13 episod mengenai konflik, ketegangan hubungan kekeluargaan, irihati dan konflik kewangan mengharungi dunia perniagaan.
Pengarah bersama drama ini, Noor Syahida Mohd Radzali, 31 atau Syida, Pengantin Untuk Dijual adalah drama sulung arahannya bersama Feroz Abdul Kader.
"Pendedahan diterima menghasilkan drama ini membuat saya berasa bangga. Konflik kekeluargaan memberi pengalaman bernilai kerana bukan saja memerlukan kreativiti tetapi tiket pertama dalam mengembangkan bakat sebagai pengarah pada masa depan. "Walaupun penggambaran membabitkan tempoh 41 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Damansara, cabaran memang banyak. Berbekalkan pengalaman bekerja bersama dua pengarah berpengalaman, Raja Ahmad Alauddin selama tiga tahun dan bimbingan lokasi oleh Feroz, saya yakin mengarahkan separuh daripada drama ini. "Perasaan kekok memang tiada kerana pernah menjadi pembantu dalam banyak drama seperti Zahara Yatama, Wadi Unung serta beberapa drama bersiri lain sejak lima tahun lalu. "Cabaran sekarang adalah menantikan reaksi daripada penonton apabila drama ini disiarkan pada November depan. Saya berpuas hati dengan kualiti rakaman dan kerjasama semua pihak. Selepas hari raya Aidilfitri, saya merancang menyiapkan sebuah lagi drama episod," katanya yang juga lepasan Akademi TV3 berasal dari Klang, Selangor.

>BORAK LOKASI TAJUK: Pengantin Untuk Dijual TERBITAN: Global Station Sdn. Bhd. GENRE: Drama 13 Episod slot 1 Jam TARIKH SIARAN: November 2010 SIARAN: Tayangan Hebat Astro (ABO) PRODUSER: Datin Zaiton Muhd Jiwa PENGARAH: Mohamed Feroz Abdul Kader Sahib ARAHAN BERSAMA: Noorsyahida Mohd Radzali PRODUSER EKSEKUTIF: Zetty Adila Datuk Ramly PENULIS SKRIP: Rina Khan PENGURUS PRODUKSI: Arsidah Arshad PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Azman Bachik PENATA SENI: Azrul Chomel PROPMAN: Indra Hisham, Mohd Ali JURUSOLEK: Iman Ali PEMBANTU JURUSOLEK: Hamdan Hamidun, Aizuddin Rapek PAKAIAN: Maria Md Lib KONTI: A'syah (Chad) HANDY: Baba Juon (Ja'an) JURUKAMERA: Azri Izhar PENATA CAHAYA: Syamsudin Mohammad PEMBANTU PENATA CAHAYA: Nik Mohd Alif Nik Sukri JURUAUDIO: Karim Nasir JURUGEGAS: Mohd Yusri Mohd Yusop (cue) KEY GRIP: Zamir Bahauddin PEMBANTU PENERBITAN: Suriani Mohammed/ Hairul Nizam Baharuddin PELAKON UTAMA: Aqasha, Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Zila Bakarin, Nadia Mustafar, Rosnah Johari, Natasha Hudson, Sabrina Ali, Dian P Ramlee, Rahim Jelani. Last edited by jue7269 on 6-6-2013 11:57 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2010 07:01 AM | Show all posts
sinopsis mcm best tp hero-heroin sume dah tua
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 09:22 AM | Show all posts
sinopsis mcm best tp hero-heroin sume dah tua
ariellin Post at 25-9-2010 07:01



   tau xpe......sesuai ke rita tu digandingkan ngan shah jazlie??
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 11:08 PM | Show all posts
apasal drama melayu masuk ABO?? box office tang mana??
berlambak drama melayu yg kita boley tgk kat tv biasa..
mmg dah sampai masa stop jek ABO ni., klu asyik nak masuk drama sampah mcm Spa Q tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 08:08 AM | Show all posts
rita dah tak sesuai jd heroin. berlambak apa pelakon muda pompuan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 09:33 AM | Show all posts
nama fahrin ada dalam senarai pelakun, tapi dalam synopsis tak sebut langsung nama dia..... watak apa agaknya dia yerrr...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2011 02:57 PM | Show all posts
tgh main kat cenel 188...

ada sapa2 dah tgk n apa kesudahan cite ni???

jahat betol kakak indah! sesuweii bebeno watak ngan muka n gigi die hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 01:23 AM | Show all posts
tgh main kat cenel 188...

ada sapa2 dah tgk n apa kesudahan cite ni???

jahat betol kakak indah ...
cmf_wombat Post at 5/9/2011 14:57



    ade record cite nie...baru sat ni tgk episod 9 kot..

esok baru sambung tgk sampai abes..


memula macam rasa dia pilih  fahrin...tp skang nie si aqasha lakk dah masuk daun..
tak suka laa betty tu berlakon..faked gilaaa...dibuat2...pastu gila kepochi sungguh..nak marah2 je keje..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 01:24 AM | Show all posts
cite lama rupanya ekk..dah setaun ..
ingatkan cite baru
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 08:57 AM | Show all posts
a'aa cite lama...
leh uploadkan tak? hehehe nak donlod la
mlm tadi dorang dah kawennnnnnnnnnnnn best nye hehe... fahrin jeles!! jahat kot watak fahrin dlm nehhh...
cuma selalu miss cite neh...so terlopong tgh2..mcm mana die leh sangkut ngan aqasha
sape betty weh?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 04:53 PM | Show all posts
aku tgk smpai abis...akhirnyer si rita kawin ngan akasha...fahrin gigit jari tp ending tuh cam tergantung derang tunjuk masjid aje x tunjuk akad nikahnyer mana tau kot x jdik nikah heheheh...pas 2 fahrin wt muka benggang psl x dpt rita....bunyik cam nk balas dendam jek sbb biz ayah fahrin melingkup sbb ayah akasha
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 06:02 PM | Show all posts
a'aa cite lama...
leh uploadkan tak? hehehe nak donlod la
mlm tadi dorang dah kawennnnnnnnnnnnn be ...
cmf_wombat Post at 6/9/2011 08:57



   episod bape yg x tgk lagi tue?

betty tu kan kawan si rita..dia tu adik erma fatima & umie aida.
dia sangkut ngan aqasha sbb aqasha duk datang beli bunga & bg kat rita..
pastu aqasha ade ckp yg shah jaszle tu playboy..rita x caye..dia g marah aqasha..
lepas dah tau yang aqasha betul...rita dah mellow sket ngan aqasha..


baru tgk sampai part diorang makan malam pas rita mintak maaf..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 06:04 PM | Show all posts
aku tgk smpai abis...akhirnyer si rita kawin ngan akasha...fahrin gigit jari tp ending tuh cam terga ...
amka Post at 6/9/2011 16:53



   laa...camtu je ke ending dia..

jangan cakap nak wat sambungan laa..
anti klimaks betul laa..


semalam tgk si jozan dalam drogba & rooney pun ending anti-klimaks..
hampeh tul
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 06:06 PM | Show all posts
aku tgk smpai abis...akhirnyer si rita kawin ngan akasha...fahrin gigit jari tp ending tuh cam terga ...
amka Post at 6-9-2011 16:53


dah ade org upload ke seme epi??
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 06:06 PM | Show all posts
tapi dedua ensem wehhh...untung rita
perasan tak dalam mane2 drama laa yang ade rita mesti ade nadia mustafar..
macam pakej gitu..

tapi zila bakarin menyeksi tak ingattt punye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 06:07 PM | Show all posts
episod bape yg x tgk lagi tue?

betty tu kan kawan si rita..dia tu adik erma fatima & umi ...
cinta_ungu Post at 6-9-2011 18:02



   mintak tolong upload seme epi hehehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 06:08 PM | Show all posts
tapi dedua ensem wehhh...untung rita
perasan tak dalam mane2 drama laa yang ade rita m ...
cinta_ungu Post at 6-9-2011 18:06


geli tgk zila tu euuuwwwwwwwwwwwwdie neh pon menyocok gak ke??? tebal bibir n runcing semacam je dagu
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 06:09 PM | Show all posts
mintak tolong upload seme epi hehehehe...
cmf_wombat Post at 6/9/2011 18:07



   aaa...insyaAllah..tapi episod 1 takde..

terlepassss.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 06:10 PM | Show all posts
geli tgk zila tu euuuwwwwwwwwwwwwdie neh pon menyocok gak ke??? tebal bibir n runcing semacam je ...
cmf_wombat Post at 6/9/2011 18:08



   tatau laa plak..tp bibir tu mmg nampak obvious gilaaa wooo...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 06:10 PM | Show all posts
aaa...insyaAllah..tapi episod 1 takde..

terlepassss.....
cinta_ungu Post at 6-9-2011 18:09


aa takpe... epi 1 mmg tgk hehe


TQ!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.085626 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list