CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1171|Reply: 5

Amber Heard gagal dapatkan perbicaraan semula kes saman Johnny Depp

[Copy link]
Post time 14-7-2022 07:14 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan peguam Heard mendakwa berlaku salah laku pemilihan juri yang menjadi punca kekalahan aktres itu pada Johnny Depp.- USA Today


Amber Heard gagal dapatkan perbicaraan semula kes saman Johnny Depp

RICHMOND, Virginia – Seorang hakim di negeri Virginia, Amerika Syarikat (AS) menolak permintaan aktres Amber Heard supaya saman oleh bekas suaminya, Johnny Depp dibicarakan semula, lapor akhbar New York Post.

Heard  tewas dalam kes saman bernilai AS$10 juta (RM44 juta) itu pada bulan lalu. Dia bagaimanapun mendakwa, kekalahan tersebut berpunca daripada pertukaran salah seorang juri kes terbabit.

Hakim Mahkamah Fairfax, Penney Azcarate kelmarin menolak tuntutan bintang Aquaman berusia 36 tahun itu untuk perbicaraan semula, demikian menurut dokumen mahkamah.

Pasukan peguam Heard, 36, berhujah bahawa Juri Ke-15 dalam kes tersebut bukanlah orang yang dipanggil untuk tugas juri sekali gus menafikan haknya untuk mendapat perbicaraan yang adil.

Namun begitu, hakim mengetepikan hujah Heard dengan menyatakan, pemilihan panel juri telah disemak dengan juri berkenaan mengikuti keseluruhan perbicaraan, duduk berbincang dan mencapai keputusan sebulat suara.

“Satu-satunya bukti di hadapan mahkamah ini ialah panel juri dan semua juri terbabit mematuhi angkat sumpah, arahan dan perintah mahkamah.

“Mahkamah ini terikat dengan keputusan juri,” tegas Azcarate.

Peguam Heard mendakwa bahawa percampuran juri mungkin berlaku kerana terdapat dua orang dengan nama keluarga yang sama tinggal di alamat sama tetapi mempunyai umur berbeza iaitu 77 tahun dan 52 tahun.

Peguam Depp membantah dakwaan tersebut dan berkata, pasukan guaman Heard boleh menyelesaikan isu itu sebelum perbicaraan bermula. Ini kerana kedua-dua pihak menerima senarai panel juri lebih awal iaitu dua bulan sebelumnya.

Hakim berpihak pada hujah Depp selepas mendapati panel juri telah disoal siasat sehari mengenai isu tersebut.

“Tiada bukti berlaku penipuan atau salah laku,” tegas Azcarate. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -saman-johnny-depp/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 09:02 PM | Show all posts
Kahkahkahkahkahkah            
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
buat laka2 je nnt, tiktokers buat content lagi, udoh le amber oi... g le menoreh, byr saman kat acik jack sparrow
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bimbonyer lawyer si amber ni. sebimbo amber main petik2 nama kate moss haritu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 04:34 PM | Show all posts
Amber Heard is the WORST type of woman I have ever seen. Amber Heard deserves all the hate that gets. I can't stand this woman!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 04:34 PM | Show all posts
Amber Heard is the WORST type of woman I have ever seen. Amber Heard deserves all the hate that gets. I can't stand this woman!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039607 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list