View: 517|Reply: 0
|
Hakim tolak rayuan Amber Heard untuk bicara semula
[Copy link]
|
|
Hakim tolak rayuan Amber Heard untuk bicara semula
Sejurus perbicaraan berakhir, Depp dilaporkan menganggap keputusan juri yang berpihak kepadanya umpama memberi semula kehidupannya yang sudah hilang sejak enam tahun lalu. Foto REUTERS
LOS ANGELES: Usaha bintang filem Aquaman, Amber Heard memohon mahkamah mengadakan perbicaraan semula kes tuntutan saman yang dikemukakan bekas suami, Johnny Depp, atas alasan salah seorang juri tidak layak mengadili kes berkenaan, gagal, selepas ditolak hakim.
Reuters melaporkan, peguam Heard meminta hakim mengisytiharkan perbicaraan lalu sebagai suatu kesalahan berikutan salah seorang juri tidak sepatutnya mendengar kes berkenaan.
Peguam Heard dilaporkan memberitahu mahkamah, berlaku kesilapan di mana lantikan juri sepatutnya diberi kepada ayah individu terbabit yang mempunyai nama sama dan menetap di alamat sama, lapor agensi.
Peguam Heard dilaporkan meminta hakim mengisytiharkan perbicaraan lalu sebagai suatu kesalahan berikutan salah seorang juri tidak sepatutnya mendengar kes berkenaan. - Foto AFP
Bagaimanapun, Hakim Penny Azcarate dilaporkan membuat keputusan tidak berlaku sebarang kesalahan yang dilakukan juri dan keputusan dicapai mereka berhubung kes berkenaan, kekal, lapor agensi.
Azcarate berkata, kedua-dua pihak juga sudah menerima senarai juri sejak awal perbicaraan.
Azcarate dilaporkan mendengar permohonan dikemukakan peguam Heard untuk mengadakan perbicaraan baharu dan membuat keputusan, kelmarin.
Awal bulan lalu, selepas enam minggu perbicaraan kes saman fitnah Depp, 58, terhadap Heard, 36, juri yang bersidang Mahkamah Circuit di Fairfax Country di sini, memutuskan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).
Juri memutuskan Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif, lapor NBC News.
Juri juga membuat keputusan Heard dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta), dalam perbicaraan penuh kontroversi yang membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood itu.
Dalam satu laporan, Heard dilaporkan kemungkinan tidak dapat membayar pampasan bernilai AS$10.35 juta (RM45.39) juta kepada bekas suaminya itu.
Peguamnya, Elaine Bredehoft, dilaporkan berkata anak guamnya akan membuat rayuan terhadap keputusan juri Amerika Syarikat (AS) yang memihak kepada Depp dalam perbicaraan kes saman fitnah panjang itu.
"Oh tidak sama sekali tidak," katanya ketika wawancara dalam rancangan NBC's TODAY, baru-baru ini, mengenai sama ada Heard akan membayar Depp seperti diperintahkan mahkamah. - AGENSI
Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... untuk-bicara-semula
|
|
|
|
|
|
|
| |
|