View: 1476|Reply: 4
|
'Ricky Martin aniaya fizikal, psikologi saya'
[Copy link]
|
|
RICKY Martin
Washington: Anak saudara penyanyi terkenal, Ricky Martin memfailkan perintah sekatan terhadap penyanyi Puerto Rico itu.
Dia mengatakan Martin menganiaya secara fizikal dan psikologi ketika mereka menjalin hubungan romantis selama tujuh bulan.
Portal Insider melaporkan Dennis Yadiel Sanchez, 21, mendakwa Martin yang juga bapa saudaranya itu tidak dapat menerima hakikat selepas mereka putus hubungan.
Dia mendakwa Martin terus menghubunginya dan berlegar-legar di luar rumahnya.
Pada 2 Julai lalu, Sanchez pergi ke balai polis untuk mendapatkan perintah sekatan sementara, menurut portal berkenaan.
El Vocero, sebuah akhbar Puerto Rico melaporkan perintah itu ditandatangani oleh Hakim Raiza Cajigas Campbell, akhir bulan lalu.
Keesokan harinya, Martin dalam satu ciapan Twitter mengatakan perintah mahkamah terhadapnya adalah 'sepenuhnya berdasarkan dakwaan palsu.'
Martin berkata, oleh kerana ia sudah membabitkan undang-undang, pihaknya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.
Menurut Marca, sebuah organisasi berita Sepanyol, nama anak saudara Martin sebelum ini dilindungi di bawah Undang-undang 54, Akta Pencegahan dan Intervensi Penderaan Rumah Tangga Puerto Rico.
Sanchez adalah anak kepada adik Martin, Vanessa.
Dalam pada itu, peguam yang mewakili Martin, Marty Singer menafikan dakwaan itu.
Dalam satu kenyataan kepada People, dia berkata, malangnya, orang yang membuat tuntutan ini sedang bergelut dengan cabaran kesihatan mental yang mendalam.
"Ricky Martin sudah tentu tidak pernah dan tidak akan pernah terbabit dalam sebarang jenis hubungan seksual atau romantik dengan anak saudaranya.
"Tarikh mahkamah ditetapkan pada 21 Julai," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ikal-psikologi-saya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah la gay.. incest plak tu.. sakit otak si ricky nih |
|
|
|
|
|
|
|
I don't know how many people know this but Ricky Martin was in a boy group in his younger days & his manager was the Menendez Brother's father. So, it all comes one full round if you see the whole picture (disgusting but it is what it is unfortunately). |
|
|
|
|
|
|
|
Ricky martin ni pernah couple dgn sushmita sen kan dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
Mn suami dia yg dia pernah kawin tu.. apoo anak buah pun belasah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|