Aksi cemerlang aktres Park Eun-bin membawakan watak sebagai peguam menghidap autisme menerusi rantaian Extraordinary Attorney Woo mendapat pujian penonton.
Kehadirannya dalam industri seni di Korea yang seolah-olah tidak diendahkan berubah apabila pelakon yang mula menceburi bidang seni sejak usianya enam tahun itu menerima puluhan tawaran projek akan datang.
Sejak namanya meniti di bibir peminat drama lakonannya, Eun-bin dikhabarkan hanya menerima bayaran 100 juta won (RM341,484) untuk mana-mana karya kerana banyak syarikat produksi yang bersaing menawarkan watak utama kepadanya.
Tidak hanya drama, agensi naungan wanita berusia 30 tahun itu juga dilaporkan menerima bayaran iklan sebanyak 400 juta (RM1.3 juta) hingga 500 juta won (RM1.7 juta) untuk kontrak setahun.
Tidak mustahil sekiranya jumlah tersebut akan terus meningkat pada masa akan datang. - CARI
|