View: 1360|Reply: 3
|
Persamaan gender cara Kajol
[Copy link]
|
|
KAJOL
Persamaan gender cara Kajol
AKTRES Kajol memang diketahui ramai sebagai seorang ibu yang penyayang terhadap dua orang cahaya matanya iaitu Nysa Devgan dan Yug Devgan.
Meskipun kehidupannya sentiasa sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, Kajol tidak pernah mengabaikan anak-anaknya.
Aktres itu mencurahkan cinta dan kasih sayang secukupnya kepada mereka.
Dalam satu temu bual, Kajol memberitahu dia mendidik kedua-dua anaknya dengan adil tanpa mengambil kira jantina mereka.
Kata isteri kepada aktor Ajay Devgn itu, dia berasa seperti tidak adil jika membebankan beberapa tugas tertentu mengikut jantina atau sekatan genderisme.
“Memasak tidak semestinya perlu dilakukan oleh orang perempuan sahaja. Orang lelaki juga perlu masuk ke dapur untuk memasak.
“Tugas lelaki bukan semata-mata keluar bekerja mencari duit. Perempuan juga perlu ada kerjaya sendiri,” katanya.
Justeru, pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai itu mengamalkan didikan agar kedua-dua anaknya melakukan kerja rumah bersama-sama tidak kira sama ada pekerjaan itu ringan atau berat supaya berlaku adil.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08/23/persamaan-gender-cara-kajol/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Excellent article. fantastic reading material It's fantastic to read blogs this good. Thanks! Rock if you want to. retro bowl |
|
|
|
|
|
|
|
Kajol is so hated all over the world. But sometimes, she makes sense. |
|
|
|
|
|
|
| |
|