CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4009|Reply: 6

[DUNIA] Macam Mana Rasanya Hidup Mengabdikan Diri Pada Agama Firaun?

[Copy link]
Post time 9-9-2022 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Macam Mana Rasanya Hidup Mengabdikan Diri Pada Agama Firaun?


Sama seperti semua agama hari ini, agama Mesir Purba juga ada agamawan-agamawannya tersendiri. Namun para agamawan ini mempunyai tanggungjawab berbeza. Kalau tengok paderi hari ini, mereka menjalankan tanggungjawab perkhidmatan mingguan. Ulama pula duduk berbincang mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an. Tabligh dan pendeta pula berdakwah membawa orang masuk agama masing-masing.

Agamawan Mesir Purba tidak buat kerja-kerja sebegini. Mereka tidak peduli jika orang enggan peluk anutan mitologi mereka. Kerana satu-satunya tugas agamawan Mesir Purba adalah di dalam kuil. Setiap kuil menjulang dewa dewi tertentu. Jadi para agamawan di setiap kuil mengamalkan pantang larang dan anutan seperti diajar dewa dewi terbabit.

Kalau tengok dari segi jantina, mitologi mereka tidak pilih. Lelaki dan perempuan boleh masuk mengabdikan diri. Biasanya, wanita menjaga kuil dewi. Lelaki pula adalah untuk kuil dewa. Sudah pasti ada pengecualian, kerana dewi Serket dijaga agamawan lelaki dan perempuan yang wajib belajar ilmu rawatan (Horstmanshoff & Stol, 2018).

Pengaruh Yang Melangkaui Agama

Barisan agamawan mempunyai pengaruh yang besar dalam politik Mesir Purba. Mereka dijulang sebagai individu paling suci, kerana menjaga anutan dan tradisi keagamaan. Maka secara langsung, agama menjadi sumber pendapatan sampai mereka mampu mengawal tindak tanduk firaun. Ambil contoh Firaun Amenophis. Baginda tiba-tiba berdepan ancaman kuasa, angkara pemberontakan agamawan bernama Osarseph.

Tanggungjawab mereka adalah berdasarkan pangkat dalam institusi keagamaan. Macam hem-nejer-tepi adalah “Ketua Agamawan” yang berunding dengan dewa-dewi bagi pihak marhaen. Mereka ini betul-betul berkuasa. Kata-kata mereka boleh dianggap lagi penting berbanding titah firaun sendiri. Namun selalunya firaun akan dengar cakap hem-nejer-tepi sebelum buat apa-apa titah.


Hem-Nejer-Tepi Amenhotep yang menerima anugerah penghargaan daripada Firaun Ramses IX.


Bawah mereka pula adalah hery-heb, yang bertugas menulis teks agama dan membaca doa heka. Mereka ini dipercayai mewarisi pangkat secara turun-temurun. Dan paling bawah adalah golongan wab yang menjaga kuil. Kalau ada siling pecah, jangan kacau hery-heb… apatah lagi hem-nejer-tepi. Silap-silap kena sikut dari tepi. Apa-apa hal remeh kena cari wab.


Hery-heb dan wab tengah buat kerja.

Tiga pangkat ini akan berhubung juga dengan golongan hour (sebutan: hoh-uhr) yang mencerap bulan dan bintang untuk menilik nasib misalnya. Kemudian ada juga agamawan berdarjat swnw dan sau yang bertugas sebagai pakar perubatan atau pakar sihir. Kalau ada yang mati, kena cari sem yang menguruskan hal ‘hantar ke alam bawah’.

Sem adalah jawatan paling digeruni. Mereka meluangkan masa setiap hari menghafal mantera yang perlu ditajamkan tanpa silap. Jika sem salah baca mantera, orang ramai mesti anggap si mati sudah dilαknαt buat selamanya. Jadi kerja sem bukan sembarangan yang boleh disembang lebat (no pun intended).


Sem menguruskan mayat sementara ahli keluarga meng-aiyo.

Urusan Harian Agamawan

Semua agamawan tidak kira pangkat perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan betul untuk memenuhi peraturan Ma’at. Sekadar penjelasan, peraturan Ma’at senang difaham macam “ketentuan dewa” (the will of the god). Jika seorang cacat, satu sistem tergugat. Jadi sistem mereka dibahagi mengikut masa – seorang agamawan bertugas selama sebulan setiap empat bulan, supaya tidak cuai. Tiga bulan dianggap macam ‘berehat’ untuk mengurangkan risiko kesilapan.

Sebelum lapor diri balik, seorang agamawan perlu mencukur semua bulu yang dianggap najis. Tiada bulu dibolehkan, sampai bulu mata pun kena buang (Ogden, 2007).  Kerja ini perlu diulangi setiap tiga hari. Itu baru satu hal. Satu lagi hal, mereka kena mandi berkali-kali sehari untuk menjaga kebersihan. Jadi sini kena faham – orang yang mengaku Islam tetapi malas mandi apa masalah agaknya sampai kalah pada tangan agamawan Mesir Purba?

Tanpa bulu dan bau, agamawan akhirnya dibenarkan ‘masuk pejabat’ yang mana mereka akan sibuk betul-betul. Sebarang petunjuk akan dibincang bersama, untuk memastikan sumbernya adalah dewa-dewi… bukannya mainan perasan.

Jadi pada dasarnya, agama Mesir Purba ini masih wujud sampai hari ini kerana organisasi yang sangat berstruktur suatu masa dahulu. Kalau ia menuruti fitrah Yunani, nescaya agama ini akan jadi bahan jenaka fiksyen.

Sumber:https://www.thepatriots.asia/mac ... -pada-agama-firaun/

RUJUKAN:

Horstmanshoff, M., & Stol, M. (2018). Magic and Rationality in Ancient Near Eastern and Graeco-Roman Medicine. BRILL. Halaman 135.

Ogden, D. (2007). In Search of the Sorcerer’s Apprentice: the traditional tales of Lucian’s Lover of Lies. ISD LLC. Halaman 252.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2022 10:08 AM | Show all posts
Info yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama, terima kasih TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2022 10:52 AM | Show all posts
Supersirap replied at 10-9-2022 10:08 AM
Info yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama, terima kasih TT

sama2 jgn lupa share
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 10:31 PM | Show all posts
olahan yg interesting by tt. thx
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sgt menarik
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi ke yg menganut agama ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah semua firaun menganut agama yg sama atau dah diubah2 mengikut peredaran semasa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.079559 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list