View: 999|Reply: 3
|
Jisoo Blackpink dedah sikap pelik
[Copy link]
|
|
Jisoo gemar amalkan mandi separuh badan.
BINTANG kpop Jisoo Blackpink mendedahkan sikap pelik gemar mandi dengan membersihkan separuh bahagian badannya.
Jisoo mendedahkan dia hanya mencuci bahagian dari paras pinggang ke bawah setiap lima ke enam kali dalam seminggu.
"Saya hanya mandi dan mencuci bahagian bawah badan setiap lima hingga enam kali dalam seminggu," katanya.
Jisoo akui suka bersenam sejak akhir-akhir ini.
Perkara itu dikongsi Jisoo menerusi temu bual bersama majalah Marie Calrie Korea ketika ditanya mengenai rahsia yang tidak diketahui peminat.
Bagaimanapun, apa yang dimaksudkan penyanyi itu bukanlah tidak mencuci bahagian atas badannya.
Sebaliknya, Jisoo gemar merendam separuh badan dalam air yang telah dicampur minyak terapi dan juga garam laut.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... hanya-separuh-badan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalo gituh apa yang peliknya? |
|
|
|
|
|
|
|
ok bleh imagine |
|
|
|
|
|
|
|
Diaorg kt sana kan 2-3 hari baru mandi lagilah kalau cuaca sejuk mau gosok gigi cuci muka je la kot seminggu. Haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|