View: 1265|Reply: 9
|
Britney Spears dijauhi anak-anak sendiri
[Copy link]
|
|
BRITNEY SPEARS
Britney Spears dijauhi anak-anak sendiri
PENYANYI terkenal Britney Spears meluahkan rasa sedih apabila dua orang anak lelakinya, Preston dan Jayden enggan bertemu dengannya tanpa sebab yang diketahui.
Menerusi curahan hati yang dikongsikan Spears dalam Instagram miliknya, pelantun lagu Toxic itu memberitahu, separuh jiwanya telah mati selepas kedua-dua puteranya itu enggan bertemu dengannya.
“Sejak anak-anak ‘pergi’, sejujurnya saya merasakan seperti sebahagian besar diri saya telah mati. Saya amat merindui mereka.
“Anak-anak sangat bererti dalam kehidupan saya. Apabila mereka menjauhkan diri dari saya, kehidupan ini umpama tiada lagi makna,” katanya.
Kata penyanyi berusia 40 tahun itu lagi, dia tidak tahu punca anak-anaknya enggan untuk berjumpa dengannya.
Malah, dia hanya mengetahui tentang perkara tersebut melalui bekas suaminya iaitu bapa kepada dua anaknya itu, Kevin Federline.
“Bekas suami sendiri enggan menjelaskan sebab mengapa anak-anak tidak mahu berjumpa dengan saya.
“Tetapi saya diberitahu bahawa mereka enggan bertemu dengan saya kerana telah melihat banyak perkara yang membuatkan mereka berasa tidak selesa,” katanya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... -anak-anak-sendiri/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alahai muka dia sekrg,dulu sweet je |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dia ni..dari muda sampai tua hidup selalu sedih. anak2 dia tu kena doctrine benci kan mak. kalau dgr luahan rasa anak dia, kat mana ntah aku tgk, sedihhh anak dia mcm tak suka mak dia dah. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab nampak macam mak dia ni tak betul..opkos la dorang malu nak mengaku haha |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 ni masa kecik tu perlukan sepenuhnya kasih sayang ibu masa tu ia seumpama anak pokok yg baru berputik perlu dijaga tak terlalu lebih cahaya air dan tanah yg subur. jika ia membesar sekli tanpa semua itu anak pokok itu akan membesar kekurangan sesuatu yg penting maka ia byk memberi kesan dalam sikap dan saikology anak tersebut. makan masa juga utk dia membina karakter sendiri yg perlu utk dia bertahan dan bersama2 menikmati kehidupan yg indah ini. otherwise..its not the same. org pandai mengata tapi mereka tak melalui. |
|
|
|
|
|
|
|
duit byk pun hati xtenang..tgk ig dia pn mcm tgk ig porn sikit2 tunjuk bonbon kang tektek hadududud |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca kat mana ntah anak2 brit ni kena buli kat sekolah ke apa pasal britney asik berbogel kat ig gitu lah. anak2 dia mcm malu lah supposely anak celebrity ternama mesti la rakan2 sekolah impress tapi lain pula jadi pada anak britney, kena buli kerna emak nya perangai ntah apa2 kat socmed |
|
|
|
|
|
|
|
Well, no children want to see their mother naked on social media or constantly have an emotional meltdown on social media & constantly play the victim as well. I will never blame the boys for what they are doing. Britney Spears needs to get her bloody act together. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah bawak diri bebudak tu. Kena buli kt sekolah sbb mak dia. Before settlement dulu katanya daddy team yg control ig sheolls, post pic pelik2. Tengok dh free pon still gitu jugak postnya. Dh memang sheolls ni yg problematic dari dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bogel kat IG, malu la diorang kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|