View: 1526|Reply: 9
|
Tak Larat Nak Panaskan Ayam Tengah Malam, Pekerja Shakira Dipecat
[Copy link]
|
|
Nama penyanyi Shakira saat ini hangat kerana kes penipuan cukai berjumlah sekitar RM65 juta.
Selain kes tersebut menjadi fokus, banyak sisi buruk lain penyanyi yang dijangka akan naik mahkamah untuk menyelesaikan isu cerai dan hak penjagaan dua anaknya bersama Gerard Pique boleh tersebar kepada umum.
IG Shakira
Salah satunya adalah kisah bintang berusia 45 tahun itu memecat pekerjanya kerana enggan memanaskan ayam seperti yang diminta.
Menerusi laporan Marca, hal itu terbongkar menerusi sebuah dokumentari yang ditayangkan saluran La Sexta dengan judul Equipo de Investigacion.
Dokumentari tersebut telah menampilkan mantan pekerja Shakira yang mendedahkan dipecat penyanyi itu kerana tidak mengikut arahan yang diberikan.
Mereka yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Divier dan Maritza adalah tukang masak di rumah penyanyi itu.
“Satu hari Divier menggantikan isterinya, Maritza yang sudah memasak sepanjang minggu untuk 17 orang yang tinggal di dalam kediaman Shakira.
IG Shakira
“Pada tengah malam, Shakira meminta Divier untuk memanaskan ayam buatnya. Namun, lelaki itu mengaku terlalu keletihan kerana telah memasak seluruh hari untuk 17 orang dan dia tidak larat untuk bangun serta memanaskan ayam yang diminta.
“Jadi Shakira kata jika tidak memanaskannya, (ayam) dia dipecat. Dan dipecat hanya kerana menolak memanaskan ayam pada tengah malam,” lapor portal tersebut menerusi temubual yang dilakukan oleh wartawan dari Miami, Javier Ceriani.
Sumber: GEMPAK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah ko keje ngn die
Panas kn je la ayam tu pkl bape pn |
|
|
|
|
|
|
|
i ada baca kat twitter page apa pulak lupa skrg dorg yg dr spain byk yg nak jatuhhkan shakira sejak dia break dgn pique ni.main sentimen kenegaraan ke dorg ni |
|
|
|
|
|
|
|
aje laaa malam2 pun nak mencekik ayam. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tu memang keje engko, sapa suruh malas buat |
|
|
|
|
|
|
|
dah dibayar utk bt keja tu kan, buat je la.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yg kecam lelaki ni sbb taknak sediakan makanan utk shakira padahal takde sesusah mana pn... nampak cm lebih memburukkan sebagai shakira sebagai majikan kejam... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by borrow at 21-9-2022 08:08 PM
risiko dok serumah dgn majikan , tenaga dikerah habisan. Ekceli heols sorang ja ka melayan 17 org kaki melantak ni? Tetiba tringat acik Gaby spanic , diracun pelan2 oleh pembantu. Tataulah pasal apa tp nasib baik dpt tau awal.
|
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 21-9-2022 08:07 PM
risiko dok serumah dgn majikan , tenaga dikerah habisan. Ekceli heols sorang ja ka melayan 17 org ka ...
Dalam la usupadora dia yg buat taik..ini pembantu rumah yg buat taik |
|
|
|
|
|
|
| |
|