View: 846|Reply: 1
|
Kekasih Johnny Depp sanggup tinggal dua anak
[Copy link]
|
|
Rich mula intim dengan Depp sejak 2020.
SELEPAS kecoh kisah percintaan antara Johnny Depp dan peguamnya Joelle Rich, timbul pula cerita tentang wanita itu sebenarnya masih berstatus isteri orang.
Lebih hangat lagi, Rich yang kini dalam proses penceraian bersama suaminya dikatakan sanggup meninggalkan dua orang anaknya untuk menghadiri persidangan kes Depp berhubungan saman fitnah terhadap bekas isteri iaitu Amber Heard.
Menurut laporan US Weekly, Rich yang berasal dari Britain hadir ke perbicaraan kes tersebut di Amerika Syarikat semata-mata mahu memberi sokongan kepada Depp.
Pasangan ini sebelum itu dilihat sering bertemu di sebuah hotel sebelum mendedahkan hubungan mereka.
Rich mula rapat dengan pelakon Pirate of the Caribbean itu apabila dia mengendalikan sebuah kes saman melibatkan Depp dengan sebuah akhbar yang didakwa menerbitkan berita berunsur fitnah pada tahun 2020 di United Kingdom.
Sebelum ini, nama Depp juga pernah dikaitkan dengan peguam yang mengendalikan kes melawan Heard iaitu Camille Vasques namun disangkal oleh wanita tersebut.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... up-tinggal-dua-anak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Haiz johnny...bini org pun kau sapu |
|
|
|
|
|
|
| |
|