View: 799|Reply: 3
|
Saintis Nak Berkenalan Lepas Kim Kardashian Dedah Mahu Lelaki Biasa Sebagai Teman Hidup
[Copy link]
|
|
Kim Kardashian seolah-olah sudah tidak berminat kembali bercinta selepas rumah tangga bersama penyanyi rap Kanye West kecundang.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Kim ketika ditanya soal teman hidup dalam temu bual program Kelly & Ryan pada Isnin lalu.
IG Kim
"Sama sekali tidak ada," katanya.
Bagaimanapun, bintang Keeping Up With The Kardashians itu mengakui dia berkemungkinan akan mencari cinta lelaki bukan dalam kalangan orang industri hiburan sebagai teman hidup.
IG Kim
"Sebelum ini saya pernah cakap untuk berkenalan dengan doktor ataupun sainstis. Jadi, beberapa orang peguam dan juga saintis ingin berkenalan dengan saya. Tetapi, saya belum bersedia," jelasnya.
Kim juga memaklumkan bahawa dia kini hanya mahu menumpukan hidupnya bersama anak-anak yang sedang membesar.
IG Kim
"Saya tak mencari sesiapa. Saya rasa cukup untuk fokus pada diri sendiri dan meluangkan masa bersama anak-anak," katanya.
Untuk rekod, Kim baru sahaja bercerai dengan Kanye sebelum menjalinkan hubungan bersama pelawak, Pete Davidson.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kim pn dah xnmpk cm Kim dah hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
comel comel anak anak mix dia.
kardashians ni tataulah samada bimbo macam orang cakap tu or pandai genius sebenarnya sebab bijak memaksimakan populariti yang ada. |
|
|
|
|
|
|
|
propa jah si kim ni. dulu lepas break ngan kanye kemain gebang ramai billionaire, presiden, anak raja kejar dia. ujung-ujung kapel ngan Pete Davidson jah |
|
|
|
|
|
|
| |
|