CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1706|Reply: 6

Hailey Bieber buka mulut tuduhan punca Justin Bieber dan Selena Gomez berpisah

[Copy link]
Post time 29-9-2022 01:24 PM | Show all posts |Read mode

Hailey Bieber akhirnya membuka mulut mengenai tuduhan sebagai perampas.

ISTERI kepada Justin Bieber iaitu Hailey Bieber akhirnya membuka mulut mengenai dakwaan kononnya merampas penyanyi itu daripada Selena Gomez.

Hailey yang muncul dalam siaran podcast bersama Alex Cooper pada Rabu sebelum ini didakwa penyebab hubungan Justin dan Selena berantakan sebelum pasangan itu mengakhiri hubungan mereka selepas lapan tahun bercinta.

Model itu memberitahu sudah tiba masanya dia mengulas mengenai semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

"Ada banyak perkara yang saya elak daripada bercakap selama ini. Saya tidak pernah terfikir pun untuk membuka mulut dan memberitahu situasi sebenar.




Peminat mendakwa Hailey menjadi punca keretakan hubungan Justin dan Selena.

"Orang perlu tahu kisah sebenar kerana ada kebenaran di sebaliknya," katanya.

Ketika ditanya Alex sama ada dia pernah mempunyai hubungan dengan Justin ketika penyanyi lagu Baby itu masih bercinta dengan Selena, Hailey menyangkal perkara itu.


Kata Hailey, ketika mereka mula berkawan, bercinta dan seterusnya berkahwin, Justin tidak terikat dengan mana-mana perhubungan cinta.

"Itu bukan karakter saya untuk mengganggu perhubungan orang lain, saya tidak akan berbuat demikian.

"Saya dibesarkan dengan nilai moral yang lebih baik berbanding apa diperkatakan tentang saya. Saya tidak berminat merosakkan hubungan orang dan tidak sesekali melakukan perkara itu.




Pasangan ini berkahwin pada September 2018.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin selepas beberapa bulan Justin dan Selena berpisah pada September 2018.

Ekoran perkahwinan itu, peminat menyalahkan Hailey dan mendakwa dia sebagai perosak hubungan Justin dan Selena yang sudah memasuki tahun kelapan.

Bagaimanapun, hubungan pasangan itu sering dilanda badai apabila beberapa kali mengumumkan perpisahan sebelum kembali berbaik sehinggalah mereka membuat keputusan membawa haluan masing-masing pada 2018.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... lena-gomez-berpisah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 10:29 PM | Show all posts
sejak aku layan only murders..gigih pulak aku baca gossip pasal budak selena ni.mungkin bila dia ada stable relationship org berhenti la berckp.sian dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 11:20 PM | Show all posts
Jb n Selena pnh berbalas tuduh menuduh (kt twitter kot) , pastu sheols masuk rehab. Ai think deyols ni sesama prob. Selena bipolar , Jb ni depression teruk. Tak sesuai jd kapel. Hailey ni mcm stabil sket.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah lah ngan minah ni. Mentang² selena nak keluar documentary dan² tu lah dia nak buat podcast bagai siap bercakap pasal suami pumya ex gf. Ko nak buat podcast ke apa lantak lah knp nak sebut pasal selena lg. Iolss tengok dia ni mcm try jd se sweet yg mungkin sampai org akan ckp selena yg shady. I takkan percaya kat minah ni punya perwatakan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Latest photo SG ke tu, muka nampak bloated.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 06:48 AM | Show all posts
I can't stand Justin Bieber or his wife Hailey. LORD!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2022 06:48 AM | Show all posts
I can't stand Justin Bieber or his wife Hailey. LORD!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.065684 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list