View: 620|Reply: 0
|
Inul Daratista Benci Lelaki Suka Main Tangan, Unfollow Rizky Billar
[Copy link]
|
|
Penyanyi dangdut terkenal, Inul Daratista secara terbuka meluahkan kekecewaannya terhadap suami Lesti Kejora, Rizky Billar.
Inul meluahkan perasaannya berhubung kes keganasan rumah tangga yang dialami oleh Lesti dan didakwa dilakukan oleh Rizky.
IG Inul
Menerusi muat naik di Instagram peribadinya, Inul Daratista menyatakan sokongan terhadap Lesti Kejora yang didakwa menjadi mangsa keganasan Rizky.
Inul mengakui tidak suka lelaki yang mudah bermain tangan atau mudah memukul isteri.
IG Inul
Menurut Inul, lelaki atau suami seperti itu tidak menghormati dan menghargai wanita.
“Bunda benci lelaki atau suami yang suka main tangan, maknanya ini penyakit. Tidak ada rasa hormat dan penghargaan terhadap wanita terutama isteri,” katanya.
IG Inul
Sementara itu, Inul berasa sangat sayang dan sentiasa mendoakan Lesti serta berharap penyanyi itu terus tabah menghadapi ujian ini.
Difahamkan, Inul menegaskan dia tidak menghormati dan tidak lagi mengikuti laman sosial Rizky Billar.
Sumber: Xtra |
|
|
|
|
|
|
| |
|