View: 430|Reply: 0
|
Malam-malam pakai spek hitam, teruk Kajol diejek
[Copy link]
|
|
KEHADIRAN Kajol dalam sebuah acara (gambar tengah) memakai kaca mata hitam menyebabkan aktres Dilwale itu dikecam teruk.
Malam-malam pakai spek hitam, teruk Kajol diejek
BERGELAR selebriti terkenal dan disayangi peminat tidak menjadikan aktres tersohor Bollywood terlepas daripada menjadi mangsa kritikan netizen.
Apa sahaja yang dilakukan seseorang bergelar selebriti itu pasti akan menjadi perhatian ramai walaupun hal-hal yang kecil. Perkara sama berlaku terhadap Kajol.
Baru-baru ini isteri kepada aktor Ajay Devgn itu telah dilihat hadir ke sebuah majlis ulang tahun kelahiran di sebuah restoran terkenal di
Mumbai, India sambil ditemani anaknya, Yug Devgan.
Penampilan bintang Kuch Kuch Hota Hai itu yang dilihat menggayakan kaca mata hitam walaupun pada waktu malam bagaimanapun dikritik teruk. Dia juga dituduh pelik.
“Kajol mahu melindungi matanya daripada sinaran matahari pada waktu malam?” soal seorang netizen.
“Dia seperti kartun kerana memakai kaca mata hitam pada waktu malam,” kata seorang lagi netizen.
“Adakah Kajol sedang melawak,” ejek seorang pengguna media sosial.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... teruk-kajol-diejek/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|