|
IG Ari Lasso
Penyanyi, Ari Lasso meminta ganti rugi duit penginapan daripada Batik Air walaupun masalah dengan syarikat penerbangan itu sudah berakhir dengan baik.
Lapor Suara.com, meskipun meminta ganti rugi, penyanyi lagu Hampa itu berhasrat menyumbangkan wang tersebut kepada sebuah yayasan kanser di Indonesia.
“Kepada @batikair dan @lionairgroup, saya Ari Lasso memaafkan kejadian tempoh hari.
“Anda sudah menggantikan tiket saya dan proses penggantian hotel yang saya tempah. Namun, mewakili ribuan keluhan dan komentar dalam akaun media sosial, saya menyuarakan perkara ini.
“Silakan komen secara terbuka dalam ruangan komen, semoga Tuhan memberkati kita semua,” katanya menerusi Instagram.
Kenyataan yang dimuat naik di media sosial tersebut menuai reaksi daripada warga maya dan rakan artis. Sikap Ari yang merupakan bekas vokalis Dewa 19 dipuji rakan artis lain.
Terdahulu, Ari Lasso tidak berpuas hati dengan Batik Air kerana ditinggalkan pesawat ketika hendak pulang ke Indonesia dari Singapura, Rabu lalu.
Penyanyi itu dikatakan datang tepat pada waktunya.
Namun, gara-gara perubahan masa, syarikat penerbangan itu mengumumkan pertukaran waktu dan pintu masuk lebih awal sesuka hati menyebabkan Ari terkandas di lapangan terbang tersebut.
Sumber: Utusan
|
|