View: 2279|Reply: 19
|
'Cinta Saja Tak Cukup, Kena Eksperimen' - Jaya Bachchan Tak Kisah Cucu Ada Anak Luar Nikah
[Copy link]
|
|
Aktres veteran, Jaya Bachchan yang juga isteri kepada superstar legenda, Amitabh Bachchan mengakui tidak kisah jika cucu perempuannya, Navya Neveli Nanda mempunyai anak luar nikah.
Jaya Bachchan yang cukup akrab dengan cucunya itu menyatakan perkara itu dalam podcast Navya, What The Hell Navya yang bertajuk 'Modern Love: Romance & Regrets' baru baru ini.
IG Navya
Dalam temu bual tersebut, Jaya menekan kepentingan keintiman hubungan fizikal dan berpendapat semua orang tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang tabu kerana ia adalah kunci kepada hubungan yang berpanjangan.
Menurut Jaya, sesebuah hubungan tidak akan mampu bertahan dengan bersandarkan cinta dan penyesuaian diri semata-mata, sebaliknya ia harus dilakukan secara eksperimen.
Katanya lagi, pada zaman dulu, mereka tidak boleh melakukannya (eksperimen) tetapi generasi hari ini mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian.
“Mengapa tidak kerana ia penting untuk memastikan hubungan mereka bertahan lama. Jika tidak mempunyai hubungan fizikal, ia tidak akan bertahan dan anda tidak boleh bersandarkan dengan cinta dan penyesuaian diri semata-mata,” katanya.
Jaya selanjutnya memberitahu bahawa situasi generasi muda hari ini amat berbeza dengan zaman selepas dia dan anak perempuannya, Shweta Bachchan.
IG Navya
“Ramai yang melakukan hubungan fizikal tetapi kemudian berasa bersalah. Tidak apa jika anda melakukannya dan kemudian berasakan hubungan anda tidak ke mana. Anda hanya perlu menerimanya.
“Tetapi, mengapa perlu menjadi hipokrit? Setiap gadis muda melaluinya dan mereka merahsiakannya daripada keluarga mereka.
“Mungkin, mereka tidak mahu memperkatakan tentang hubungan fizikal mereka tetapi mengapa ia seharusnya menjadi tabu di kalangan kita semua?,” soalnya.
Jaya turut memberikan nasihat yang berguna buat generasi muda hari ini.
“Oleh kerana terdapat kekurangan emosi dalam percintaan hari ini. Saya fikir anda harus berkahwin dengan sahabat anda.
“Anda harus mempunyai kawan yang baik, anda harus berbincang dan berkata:
“Mungkin saya ingin mempunyai anak dengan anda kerana saya suka anda, saya rasa anda baik, jadi mari kita berkahwin.
“Tapi, saya juga tidak mempunyai masalah jika anda mempunyai anak tanpa perkahwinan. Saya tiada masalah,” katanya yang turut menunjukkan perkara tersebut kepada cucunya.
Sumber: Getaran
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni cucu dr anak perempuan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik cucu dia. Jaya pun aging gracefully. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi nenek bagi lampu hijau kat cucu kalau nak bereksperimen hubungan intim. Ataok Amitabh tak marah keww? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak terkejut ka dgn statement nenek Jaya...biasa dalam filem/drama kemain portray jaga adab dan budaya tapi realiti masing2 ikut budaya barat....sama ja semua lol |
|
|
|
|
|
|
|
aku disturb dgn rambut opah ni
bukan takde duit tapi tak boleh ke ko kalerkan rambut jadi hitam balik dan sikat ikat elok2
dah la kaler putih dibiar mengerbang
terserempak waktu siang pun org boleh lari |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 1-11-2022 12:49 PM
Amboi nenek bagi lampu hijau kat cucu kalau nak bereksperimen hubungan intim. Ataok Amitabh tak mara ...
Tak bagi lampu hijau pun ramai buat jugak, sex luar nikah ni masih taboo lagi kat sana. Point dia macam nak cakap tak perlu nak sembunyi. Macam nenek tak tau, gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
lawa cucu nyer, haku ingat kan pelakon drama Hindi tv3 tu yeh Jadu ape tah...seiras ngan heroin drama tu |
|
|
|
|
|
|
|
Actually, I am not sure you know this trend in Bollywood or not, but it is a very popular trend. These women do not carry their own child. They have a child through surrogacy. So, there is no sex involved here (except for the gender of the baby). These Bollywood celebrities pay someone else to carry the baby for them. This is what Jaya Bachchan was meaning. Nothing to do with child out of wedlock, meaning Navya having a child out of wedlock herself. The trend is no longer for women to carry their own children.
|
|
|
|
|
|
|
|
Not exactly what you are thinking, because the popular trend in Bollywood (or Indian Cinema Industry which is getting more & more popular) is having a baby through surrogacy. Not Nayva herself being pregant with her own baby out of wedlock. This is something that many people in Malaysia are unaware of (the surrogacy thing).
|
|
|
|
|
|
|
|
SRK tu pun anak dia surrogate.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tgk movie hindi tajuk mira kut. Psl surrogate. Couple omputih xnk ank surrogate tu sbb katanya cacat. Tgk2 lps branak xcacat pun. Bila ank tu dh besar, nk balik ank tu. Byk kes mcm ni. Manipulasi org miskin kt india |
|
|
|
|
|
|
|
I'm just surprised that she will talk about this so openly. Bachchan family kan macam ala-ala conservative sikit & treated like a god kat sana
|
|
|
|
|
|
|
|
Cucu perempuan ni kulit cerah sebab mak dia (anak jaya) kawin dgn keluarga Kapoor (kazen dorang Kareena).. dan menantu Jaya tu kaya banget |
|
|
|
|
|
|
|
Wau bleh plak dia pun terikut mcm org barat.
Takde hal test dulu sedap ke idok.
Yelaa kang takleh patah balik kalau dapat pensel 2B ye dop |
|
|
|
|
|
|
|
lahh ku bygkan anak sheol seketul jer si Abhishek jer, rupanya sheol ada lagi adik bradik lain yaa? adeehhh pesar pjg dah cucunya.. ok nenek.. nenek ni urban sungguh ar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|